Saturday 6 August 2011

Kegagalan ketika diuji dengan nikmat...

Assalamualaikum W.B.T... salam ramadan kepada saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian...Ternyata Ramadan merupakan bulan yang benar2 nikmat kebahagiaan di dalamnya..
           Tatkala duduknya ana melihat keindahan ciptaannya terutamanya bulan, dimana bulan itu berntuknya tidak seperti cermin (berlobang-lobang dan tidak bersifat memantulkan cahaya dengan permukaannya berbatu-batu). namun bagaimana ianya dapat memantulkan cahaya matahari dengan warna yang indah dan mendamaikan hati??? alangkah indahnya ciptaan ilahi... malam2 di bulan Ramadan ini ternyata hati tersa tenang, kegelisahan dibulan biasa pudar.. namun bukan itu nak di post disini hari ini.. hari ni kita bincang bab lain pula.. Cerita yang saya janjikan...

            Saidina Tha'labah Bin Hathib al-Ansyari merupakan pemuda yang sangat beriman kepada Allah. Sentiasa beribadah dan bejemaah di masjid. Itu kewajipan yang tidak pernah dipandang enteng olehnya. Tha'labah merupakan seorang yang miskin dan fakir. Pada suatu hari, Tha'labah telah tergesa-gesa keluar dari masjid setelah menunaikan solat tanpa berzikir, solat sunat mahupun berdoa. Rasulullah melihat perlakuannya lalu memanggil dan menegurnya. " Wahai Tha'labah, mengapa kamu bersegara meninggalkan masjid seumpama orang munafik?"

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku dan isteriku hanya mempunyai sehelai baju sahaja yakni yang aku pakai ini. Andai aku memakai baju ini utk solat di masjid maka dia terpaksa bertelanjang (ada riwayat mengatakan bukan telanjg (berkemban atau xberbaju)) dan aku harus segera balik ke rumah supaya dapat dia pakai baju ini dan dia menuunaikan solat. Dengan itu aku mohon kepadamu ya Rasulullah agar doakan kesejahteraan aku    dan keluarga ku. terutama dengan harta yang melimpah." jawab Tha'labah.

" Wahai Tha'labah, REZEKI YANG SEDIKIT YANG MAMPU DISYUKURI ITU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA REZEKI YANG BANYAK YANG X MAMPU KITA SYUKURI." jawab Rasulullah S.A.W.

Keesokan harinya Tha'labah berjumpa lagi Rasulullah agar mendoakan nya menjadi seorang hartawan. namun Rasulullah menjawab " Tidak cukupkah bagimu aku sebagai teladan hidup kamu.Padahal jika aku inginkan gunung perak atau emas akan sentiasa disampingku di mana pun aku berada nescaya ALLAH akan kurniakan kepadaku." {p/s penerangan disini teladan di atas bermakna gaya hidup Rasulullah dimana Rasulullah itu menolak untuk hidup kaya}

hari-hari seterusnya Tha'labah terus menerus meminta Rasulullah mendoakannya dan berjanji dan bersumpah bahawa segala kewajipan akan dia lakukan setelah menjadi hartawan. Akhirnya Rasulullah pun mendoakannya dan memberikannya beberapa ekor biri-biri.

Biri-biri itu digeembala dan dijaga oleh Tha'labah sebaiknya. hari bergati hari, bulan berganti bulan, biri-biri itu semakin bertambah banyaknya. kesibukkan Tha'labah pun bertambah. Biri-birinya sukar dihitung jumlahnya, Kota madinah seakan sempit oleh biri-birinya. Kesibukkannya tidak dapat dielakkan lagi. Kewajipan berjemaah bersama Rasulullah s.a.w ditinggalkannya dan cukup sekadar baginya untuk "berjemaah" dengan kawanan biri-birinya. Mengikut prinsip ekonomi, disebabkan biri-birinya terlalu banyak dia pun berpindah ke luar madinah sebanyak 3 kali untuk mencari tempat sesuai baginya mengembala kambingnya. Bahkan solat jumaat pun dia tidak sempat apatah lagi solat berjemaah. X cukup dengan itu dia mempunyai prinsip untuk x pergi solat jumaat kerana itu menambah kos perbelanjaan pengangkutannya.  Setelah solat jumaat dia akan bertanyakan keadaan ekonomi,politik dan sosial negerinya. APAKAH DIA TELAH MELUPAI RASULULLAH DAN SAHABAT kerana TERLALU BANYAK MENGENALI KAMBING BIRI-BIRINYA?? Setelah beberapa masa berlalu Rasulullah teringatkan Tha'labah. Lalu bertanya Rasulullah dengan para jemaah. "Di mana Tha'labah sekarang? kenapa dia tidak menghadiri solat berjemaah lagi?"

Salah seorang sahabat menjawab "Tha'labah sibuk dengan gembalaannya, lagipun madinah sudah tidak cukup lagi untuk menampung kawanan kambingnya lalu dia berpindah jauh di luar kota ini."

Rasulullah amat kesal dengan perbuatan Tha'labah dan mengecamnya.. Setelah beberapa waktu maka turunlah perintah zakat. (at-Taubah:103)


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿١٠٣ 


maksudnya: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Mendengar perintah kewajipan tersebut maka ramailah yang datang membayar zakat kecuali Tha'labah. dengan itu Rasulullah pun mengutuskan 2 orang lelaki utk menyampaikan ayat ini kepadanya. Setelah penat lelah untuk berjumpanya dan menyampaikan utusan Rasulullah dan Ayat ALLAH Tha'labah berkata kepada keduanya "kutiplah zakat kepada orang kaya lain terlebih dahulu. kemudian datang padaku."
Setelh berjumpanya semula lalu Tha'labah mengatakan "tidakkah ini seperti UFTI?" maka balik lah keduanya dengan tangan yang hampa. belum sempat keduanya melaporkan Rasulullah seolah dapat meneka dengan perasaan yang bercampur-aduk, marah, geram, kasihan, kesal dan kegusaran Rasulullah menyatakan "Celaka kamu, wahai Tha'alabah!"

Pada kesempatan lain, Saudara (adik atau abang) Tha'labah berada berjemaah bersama Rasulullah dan para sahabat. Rasulullah telah mendapat wahyudan menyampaikan ayat tersebut yaitu ayat yang menerangkan sifat kemunafikan, orang-orang yang memungkiri janji, membelakangi janji dan menekankan kewajipan zakat. Saudara Tha'labah pasti ayat itu menerangkan tentang diri saudaranya iaitu tentang sifat Tha'labah.

SURAH (At-Taubah:75-77)


وَمِنْهُم مَّنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِن فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ ﴿٧٥﴾ (75 Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh.

  فَلَمَّا آتَاهُم مِّن فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوا وَّهُم مُّعْرِضُونَ ﴿٧٦﴾ (76
 Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).


  فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ ﴿٧٧
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.



Dengan segara saudara Tha'labah menyampaikan penjelasan ayat itu kepada Tha'labah. Keesokkannya Terus Tha'alabh berjumpa Rasulullah dengan membawa harta zakat yang sangat banyak namun Rasulullah menolak dan mengatakan bahawa "ALLAH telah melarang aku menerima zakat mu wahai Tha'labah.""

Tha'labah dengan kekesalan yang amat mendalam dia terus sujud dan megaut debu dan diletakkan keatas kepalanya. Melihat itu Rasulullah berkata "telah berkali-kali aku menasihati kamu. Namun kamu tetap keras kepala."

Setelah wafat nya Baginda Rasululluah S.A.W. Tha'labah hendak membayar zakat dan diberikan kepada Khalifatul mukminin Abu Bakar As-Siddiq namun tidak diterima kerana "Rasulullah tidak menerima zakat kamu, mana mungkin aku berani menerimanya."

dicubanya pada zaman Khalifah kedua amirulmukminin Umar AL-Khattab, dan Khalifah ketiga Uthman Bin Affan juga menolak zakat dia kerana Rasulullah tidak menerima zakatnya itu. Tha'labah terus menerus menjaga harta yang tidak bermanfaat baginya itu sehinggalah dia meninggal dunia semasa Khalifah uthman masih bertakhta. meninggal dengn penuh kekesalan dijiwa.. Na'udzu billahi min Dzalik... Dia contoh terbilang tatkala kemiskinan namun kecundang di ujian NIKMAT... Bersama muhasabah diri kita. Kisah ini bukan bermakna kita harus menjadi miskin namun berhati-hati dengan nikmat. Moga nikmat tidak melalaikan kita dari menjalani kewajipan kita sebagai hambanya..

sekian.. Assalamualaikum W.B.T



  Banyak mana harta yang perlu...



untuk melaksanakan janji keimanan, sumpah ketakwaan kepadanya.


semoga rezeki nikmatnya tidak membutakan kita dari janji dan sumpah kita...

Amiin

1 comment: