Sunday 10 July 2011

Life's unfair? (part 2)

Assalamualaikum W.B.T... smbungan dari life is unfair yang lepas 2... mari kita renung2kan.. setiap manusia inginkan orang lain hormat, taat, baik dan semualah kat kita tapi kita seringkali x mampu untuk melakukannya terlebih dahulu sepertimana ajaran Rasulullah S.A.W dimana baginda merupakan sebaik2 teladan untuk menghampiri kesempurnaan seorang manusia... Baginda sebelum orang lain melaksanakan Solat Baginda solat dahulu, sebelum orang lain memberi salam Rasulullah terlebih dahulu memberi salam.. alangkah Indahnya ajaran Rasul petunjuk bagi seluruh alam ini...

Renungkan satu ayat Al-Quran yakni surah( Al-An'am :53)

وَكَذَ‌ٰلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لِّيَقُولُوا أَهَـٰؤُلَاءِ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّن بَيْنِنَا ۗ أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ  بِالشَّاكِرِينَ 


"Thus did We try some of them by comparison with others, that they should say: "Is it these then that Allah hath favoured from amongst us?" Doth not Allah know best those who are grateful?"

bahasa melayunya
"Dan demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalu orang-orang yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir miskin yang beriman): Inikah orang-orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? (Allah berfirman): Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang yang bersyukur?"

Ayat ini menunjukkan sebagaimana manusia itu berfungsi. Manusia menganggap bahawa ujian adalah bila kamu susah dan ada masalah sedangkan ujian paling susah adalah untuk terus bersyukur setelah mendapat nikmat yang banyak dari NYA. Manusia akan lebih dekat dengan ALLAH apabila susah dan setelah mendapat kesenangan manusia akan berkata ini adalah hasil penat lelah dan kebijaksanaan ku.. namun mereka terus lupa untuk mensyukuri nikmat yang telah diberi itu. Sebab itu manusia lebih excellent dalam menemui ujian yang jelas namun tewas bila di uji dengan kesenangan dan kemewahan.

Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim, Abu Hurairah mendengar suatu hari Rasulullah bercerita bahawa pada zaman Bani Israel terdapat 3 pemuda: pertama yang berpenyakit sopak, kedua yang botak kepalanya dan seorang yang buta. Di mana Allah ingin menguji mereka lalu dihantar seorang(betulka penggunaan seorang? ke semalaikat?) Malaikat untuk datang berjumpa mereka..
Pertama sekali malaikat itu berjumpa dengan si sopak. lalu bertanya "Apakah yang kamu mahukan?"
Si sopak menjawab "Kulit yang baik dan warna yang elok, kerana kulitku aku telah dijauhi orang ramai"
Malaikat bertanya lagi " harta apakah yang kamu mahukan?" "Unta"jawab si sopak tersebut lalu kulitnya pun sembuh dan warna kulitnya baik dan seekor unta yang bunting kepadanya dan di doakan semoga Allah memberkatinya..
seterusnya Malaikat datang kepada lelaki kedua iaitu yang botak dan bertanya 2 soalan yang sama. dan Jawapan lelaki kedua itu ialah "Rambut yang lebat, kerana kepalanya yang botak orang sering mengejeknya.. dan harta kekayaan sapi(lembu)" Maka di kurniakan Allah kedua-dua permintaannya (yakni sapi itu bunting dan di doakan oleh malaikat). demikian juga dengan pemuda buta telah dikurniakan kepadanya permintaannya iaitu boleh melihat dan seekor kambing bunting dan didoakan. setelah berganti tahun akhirnya mereka bertiga menjadi saudagar yang kaya dan tiba masa Allah menguji mereka semula.
Malaikat yang dahulunya datang kepada mereka kini menjumpai mereka semula dengan keadaan mereka sebelumnya. Yang pertama malaikat itu berjumpa dengan si sopak dalam keadaan sopak dan belang datang dan berkata kepada si sopak yang telah kaya dan pulih itu " wahai Saudara, aku ini seorang miskin dan telah terputus perjalanan ku. tiadalah yang dapat menyampaikanku melainkan dengan pertolongan Allah dan kamu. Aku meminta kepadamu Demi Allah -yang memberimu kulit yang elok dan harta kekayaan- seekor unta agar dapataku sampai tujuan perjalanan ku ini."
lalu lelaki yang dahulunya berpenyakit sopak itu menjawab "Harta kepunyaan orang lain pun masih banyak mintalah daripada orang lain."
Malaikat yang menyamar itu berkata " aku seolah kenal kamu, bukankah kamu dahulu berpenyakit sopak, dibenci orang dan miskin? lalu Allah mengurniakan kamu harta?"
Terkejut lelaki itu membantah  "aku mewarisi harta ini dari ibubapaku." lalu malaikat itu mendoakan " andai kamu berdusta, semoga ALLAH mengembalikan kamu kepada keadaan kamu yang dulu." maka berlalulah malaikat tersebut dan berjumpa lelaki yang dahulunya botak namun ternyata jawapan mereka sama dan didoakan juga oleh malaikat itu perkara yang sama. Berlalulah malaikat itu ke lelaki yang ke-3 iaitu lelaki yang dahulunya buta. Dan malaikat itu berkata " aku seorang yang miskin dan terputus perjalanan ku. Kini aku tidak akan sampai ke tempat tujuanku melainkan bantuan Allah dan kamu. Demi ALLAH yang mengurniakan kesihatan kepada mata mu maka berikanlah aku seekor kambing mu untuk ku meneruskan perjalanan ini." Jawablelaki yang dahulunya buta itu "Sautu ketika dahulu Aku buta, benar katamu Allahlah yang mengurniakan kepada mataku dan angggota badanku yang lain dan harta kekayaan ini. Oleh itu ambillah sesuka hati mu. Demi ALLAH tidak akan aku menyusahkan kamu atas apa yang kamu ambil kerana Allah itu."

Malaikat itu menjawab lagi " simpanlah hartamu itu. sesungguhnya kamu dan 2 lagi sahabat mu sedang di uji oleh Allah. Allah  redha kepada kamu dan murka kepada  kedua kawan kamu."

tidakkah cerita ini sesuai dengan firman Allah di dlm Al-Quran (Asy-syura:27) (check sendiri tau-he3) ada banyak cerita tentang orng yang gagal dalam hidup bukan kerana hidup tidak adil namun mereka menzalimi diri contohnya Firaun, Qarun dan sebagainya... Post seterusnya ana akan bercerita tentang cerita yang jarang sekali di dengar. Tha'labah bin Hathib Al-Ansyari dimana kemewahan hidup mengelirukan.... Assalam. jumpa lagi..:)

Monday 4 July 2011

Life's unfair? (part 1)

Assalamualaikum W.B.T.. he2... lama dah tak menaip.. bukan lama sebenarnya.. beberapa hari dah telah saya lengkapkan satu tajuk di draft dan enti itu berbahasa Inggeris oleh sebab takut orang tidak paham jadi saya pun delete dan menaip semula.. Teruskan kepada perbincangan Ilmiah yang telah di ajukan oleh Pensyarah BI di mana kami telah mengetahui 11 rules from Bill Gates (pencipta microsoft Window (ala yang kaya2 2)) :)).. Tetapi, namun, walaubagaimanapun dsg(dan sebagainya) ana tidak bersetuju dengan beberapa prinsip kehidupan yang dikemukakan oleh Bill Gates ini terutamanya LIFE IS UNFAIR, GET USED TO IT. For and instant ana terus merasa pelik, kenapa Bill Gates menyatakan bahawa kehidupan ini tidak ada keadilan. Dari sudut pandangan yang manakah Bill Gates memandang Kehidupan itu tidak Adil. Melalui pengamatan yang dalam saya merasakan dan menyimpulkan bahawa Bill Gates tgh bercakap dengan pelajar berkulit hitam, atau pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah,atau pelajar2 NERD yang sering di buli.. 

Namun, walau dan bagaimanapun menyalahkan kehidupan adalah prinsip yang tidak boleh diterima pakai kerana kehidupan itu berdasarkan Al-Quran
"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. " (Al-A'raf :10)
Allah Jadikan kehidupan manusia berbagai2 untuk menguji manusia tersebut dan mengajar supaya manusia itu bersyukur. Namun manusia kini cuba kamu lihat orang disekeliling kamu apabila menginginkan sesuatu namun tidak dapat, atau berdoa agar dapat sesuatu namun tidak dapat maka timbullah bibir yang bengkak akibat dari mencebik(betul ke pkataan ana guna nei?). semua nak cepat tp ibadah lambat2.. Hm..  sesungguhnya Allah telah tetapkan rezeki yang mencukupi bagi setiap manusia yang didunia ini dan Allah telah tetapkan masanya.. andai tidak mendapat walaupun telah berdoa ketahuilah sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui, Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui, maka Allah tahu bila masa yang tepat untuk memberi rezekinya kepada manusia yang dikehendaki-NYA. Jika manusia itu hendak mempecpat2kan rezekinya maka ada padahnya. Mari saya ceritakan suatu cerita, Di suatu negeri tinggal seorang peniaga yang bernama Ahmad.. dia menjual sayur-sayuran yang ditanam di pasar setiap hari. namun keuntungannya setiap hari adalah sama sahaja cukup2 untuk menyara keluarganya. apabila sampai dirumah dia asyik berfikir kenapa hasil jualannya tdak pernah bertambah2.. lalu dia mendapat suatu Idea, dia merasakan apabila dia datang berjual lebih awal dari biasa (kebiasaannya Jam 8 pagi) mungkin kalau dia berjual dengan lebih awal maka dia akan mendapat untuk lebih banyak . lalu dia datang pada jam 4 pagi dengan merasakan mungkin dengan sebegitu dia akan dapat untung dua kali ganda lebih banyak. Lalu esoknya dilaksanakanlah rancangan nya itu.. setelah sejam,2berlalu masih tidak ada seorang pun pelanggan. Namun dengan tidak semena2 dia telah diugut  oleh samsen jalanan yang mencuri segala jualannya.. lalu dia balik dengan hampa. 


OK.. melalui cerita tadi dptlah kita pahami bahawa syukur itu sebaik2nya bagi orang yang mengetahui di samping kita perlu mecari cara yang lebih realistik dalam mencari rezeki bukan cuba mempercepatkan rezeki sesungguhnya Allah-lah yang menurunkan rezeki, maka kita harus bersabar dalam menanti dan menerimanya.
Kehidupan  menjadi tidak adil kerana tidak ada rasa syukur dan tidak sabar dalam menunggu rezeki pemberian Allah... 
Disini ada satu cerita terakhir untuk jadi renungan kita bersama bagaimana kehidupan orang yang BERSABAR,BERSYUKUR,BERUSAHA,BERTAWAKKAL dalam menjalani kehidupannya.


Dahulu Kala terdapat dua orang adik-beradik beragama majusi yang bernama Asghar dan Akbar... Pada suatu hari Asghar mendapat hidayah dari Allah S.W.T untuk bertanya kepada abangnya satu persoalan. "Wahai Akbar, telah puluhan Tahun kita menyembah api, mari kita menguji jika api ini tidak membakar kita seperti ia membakar org yang tidak menyembahnya, jika ia tidak membakar kita maka kita teruskan menyembahnya selama-lamanya" Akbar pun bersetuju lalu menyuruh asghar memulakannya.. setelah meletakkan tangan ke dalam api ternyata api itu terus membakar tangan asghar yang terus menjerit kesakitan dan menarik tangannya dari api tersebut lalu seraya berkata kepada saudaranya Akbar " Rupanya sia2 kita menyembah api ini kerana ia tidak merubah sikapnya yang membakar. saya fikir kita tinggalkan sahaja amalan menyembah api ini." Lalu Akbar menjawab"tidak, tidak akan ku tinggalkan  amalan nenek moyang kita ini, akan ku sembah api ini sepanjang hidupku" makadengan kejadian itu berpisahlah kedua2 adik beradik ke jalan hidup masing2... Asghar yang kini tidak beragama datang ke sebuah negara islam yang ketika itu diperintah oleh Sultan Malik bin Dinar. Setelah diperkenalkan dengan Islam, di ajar kan Ilmu2 tentang agama ALLAH kepadanya lalu terbukalah hatinya memeluk Islam dengan dua kalimah syahadah yang disaksikan oleh Sultan itu. Malik bin Dinar pun berkata kepadanya "Mari duduk dekat denganku akan ku panggil sahabat2 ku untuk memberikan bantuan kewangan kepadamu."
Namun Asghar menolak dengan kata2nya yang menusuk hati muslimin yang berada di situ " tidak, aku tidak mahu wang itu. bukanlah aku memeluk islam kerana kemelaratan dan kemiskinan. Namun aku memeluk Islam kerana kesedaran dan Jalan kehidupan yang ditunjukkannya. Bantuan yang Tuan berikan kepada saya dengan memperkenalkan ISlam kepada ku sudah cukup untuk aku syukuri. aku juga mempunyai cukup bekalan untuk hidup walau sederhana" 


Sultan pun tersenyum dan menurut keinginannya namun mendesak supaya Asghar menerima sebuah rumah yang sederhana untuk tinggal. Lalu Asghar pun tinggal di situ. Asghar melaksanakan perintah Allah dan ajaran Islam dengan sebaik mungkin di situ. Suatu hari, Isterinya menyuruh nya ke pasar dan mencari kerja dan membelikan makanan untuk mereka berdua. Lalu pergilah Asghar mencari kerja. dicarinya di semua pelosok tempat namun tidak dapat kerja dan makanan. Lalu Asghar singgah d Masjid untuk beribadah bermunajat bertawakkal kepada Allah sehingga larut malam dan pulang dengan hampa. Setelah itu kebetulan esoknya Jumaat, hari yang penuh berkat, lalu dia pun pergi mencari kerja namun masih tidak berjaya, lalu dia berhenti untuk solat jumaat. setelah solat dia pun berdoa kepada ALLAH " Ya ALLAh, demi kehormatan agama yang aku peluk ini, dan demi hari yang mulia ini maka engkau buangkanlah rasa sedih dan gelisah dalam hatiku ini keran tidak dapat memenuhi kehendak keluargaku. Aku malu sekali dengan keluargaku dan aku risau mereka kembali ke ajaran agama majusi kerana x mampu menahan kelaparan." 
Ketika isterinya menunggu kepulangannya di rumah maka datanglah seorang lelaki kepadanya dan memberikan nya Pundi2 yang berisi emas. dan lelaki yang tampan itu berkata kepada isterinya " Ambillah pundi2 ini dan bagi tahu suamimu ini adalah upah yang ALLAH berikan kepadanya kerana usaha dan ibadahnya. walaupun sedikit namun Allah telah membalasnya dengan cukup besar"
Tatkala itu Asghar masih meneruskan usahanya mencari kerja dan setelah tidak dapat dia pun beribadah di Masjid dan ketike perjalanan hendak balik dia risau dan sedih memikirkan bagaimana untuk menjelaskan kepada isterinya tentang kegagalannya. setelah sampai kerumah dia disambut oleh isterinya dengan baik dan telah diceritakan oleh isterinya lalu dia bersujud syukur serta merta kepada Ilahi. kehidupan mereka bahagia dengan rahmat Allah di atas berkat kesabaran, tawakkal, (kegigihan) usaha dan mensyukuri nikmat ALLAH.


oleh yang demikian............ (bersambung):))))