Tuesday 9 August 2011

Sekeping Hati!

Assalamualaikum W.B.T..:) dah x beruras gk dah.. he3... mari kita mengenali hati..

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,


"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)






sejak kita telah dilahirkan kita memegang amanah ALLAH yang bernama hati... bermulanya hati adalah putih warnanya (bukan hati (liver) tapi nurani, kejiwaan)


sedikit demi sedikit, hari demi hari tompokan hitam kecil kita warnakan padanya,
sehingga hitam keseluruhannya.


dengan itu Yang Maha Esa memudahkan kita, Dijadikan satu bulan dalam setahun bulan yang penuh barakah.
Bulan penyucian jiwa, pembersihan hati... lalu hati yang hitam menjadi putih semula namun dengan syarat.......

saya mendapat tahu dari seseorang seorang ulama telah menjelaskan "hati2 menyiram tanaman, jangan sampai terguna minyak. takut kelak tidak nampak kesannya" (Khairul Naim (senior P.A di IPGKPP)

penerangannya:
Antara lain kupasan yang diberikan oleh tuk guru saya, Ustaz Ahmad b. Ijam Al-Banjari menghuraikan:(diterjemah dengan perkataan sendiri oleh saya) bahawa Nabi Muhammad S.A.W. memberi perumpamaan:
Amalan bulan Ramadhan itu seperti menyiram air ke pokok/tanaman. Apabila disiram dan disiram, maka pokok itu akan mengeluarkan daun. Makna katanya berkesan, ada hasil. Itulah ibarat manusia yang beribadat dalam bulan Ramadhan, setelah itu akan terlihat kesan pada dirinya. Berbeza dengan satu lagi pokok. Ia disiram juga, tetapi tak keluar daun. Tak nampak hasil yang dia siram tu, takda kesan.


pemahaman saya:

untuk menyiram tanaman haruslah dengan air yang betul: yaitu sama dengan hati, kalau 

hendak menyuburkan dan membersihkan hati seharusnya dilakukan dengan cara yang betul.



hati yang hitam hendaklah sering dibersihkan, tidak kiralah hati itu hitam sikit, banyak, 

setompok, dua tompok, bertompok-tompok. Bimbang nanti akan "bertekang"

atau berkarat atau rosak, atau tidak dapat nak dibersihkan lagi.... seperti gigi..


haruslah di berus setiap hari.. kalau x jadinya mcm ni!





OH TIDAK!!!!


Sehinggakan plu dicabut... GIGI ok lagi dapat dicabut.. dan ada ganti..

HATI MANA NAK CARI GANTI????



bersama kita menginsafi diri...


Amiin..



Assalamualaikum.W.B.T


Mutiara kata:

“Carilah hatimu di tiga tempat:

1. Ketika membaca al-Qur'an
2. Ketika solat
3. Ketika mengingat kematian.

Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, kerana engkau sedang tidak mempunyainya!”

-Imam Al-Ghazali- 


No comments:

Post a Comment