Thursday 25 August 2011

:) Senyum Lebar ampey tingo...

Assalamualaikum W.B.T





SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!! SAYA BALIK RAYA!!!!!!!!!!!!!
salam syawal... maaf zahir bating.... he3

bye.. salam

Saturday 20 August 2011

Singgah sebentar..

Assalamualaikum w.b.t.. Ini adalah post singgah sebentar dengan peringatan yang ringkas namun mempunyai makna yg mendalam.. cewah.. he3

Surah LuQman:6


وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ 
(٦)
(6) But there are, among men, those who purchase idle tales, without knowledge (or meaning), to mislead (men) from the Path of Allah and throw ridicule (on the Path): for such there will be a Humiliating Penalty.

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan (6)






Adakah kita lebih dan terlebih memilih hiburan dari agama? sehingga belanja byk kearahnya? Sama-sama kita renung2kan.. :)







sekian.. Wassalamualaikum....

Tuesday 16 August 2011

CINTa???



Assalamualaikum W.B.T... minggu ni ada banyak idea nak di post kan ke blog ni.. tp biasalah internet slow tahap siput yang kakinya sakit gitu.. (walaupun siput ana rasa takde kaki) ha2.. di samping eseimen melambak..

Hari ni saya akan bercerita tentang cinta.. Pada ana cinta ini ada tiga..

Pertama CINTA yang sedia ada, (CINTA LUAR BIASA)

Cinta ini adalah cinta hakiki yang membawa ke syurga abadan abada..
Cinta daripada ALLAH S.W.T,
Cinta yang paling tinggi, cinta pencipta kepada makhluk ciptaannya,
Andai manusia dapat memahami betapa tingginya darjat kita di sisi ALLAH nescaya semua orang yang mengaku dirinya islam akan sujud dengan sekhusyuk-khusyuknya,
kita lihat beza kita dengan Malaikat,
Malaikat itu ALLAH tidak kurniakan pelbagai nikmat sepertimana kita dapat walau mereka itu jauh lebih mulia(dari sudut ketaatan) dari kita,
ALLAH mencintai kita sehingga DIA menurunkan para anbiya' sebagai pemandu arah untuk menuju ke cinta-NYA... Cinta-NYA yang abadi dan hakiki,

Cintanya seorang kekasih ALLAH, Rasulullah S.A.W,
baginda menghulur cinta kepada umat tiada tolok bandingannya,
cinta nya suci murni, cinta yang sgt mendalam sehingga hujung nafasnya bergema ingatannya terhadap umatnya,


Cinta baginda terhadap kita sudah terbukti, bagaimana pula cinta kita terhadapnya?
Nauzubillah, cinta seperti ini cinta yang seharusnya kita miliki untuk semua saudara kita, Terutama Rasulullah..
Cinta sudah disediakan, maka sambutlah dengan cinta yang luar biasa,

Cintanya IBUBAPA kepada anak-anaknya,
terdapat kata-kata pujangga menceritakan bahawa 1 ibu dan bapa mampu menjaga 10 orang anak dengan penuh kasih sayang, 10 orang anak itu belum tentu mampu menjaga ibu dan bapanya semula,
Cintanya mereka kepada kita tidak minta di balas,
Susah mereka atas kerelaan menjaga kita,
andai tiada mereka siapalah kita hari ini,



   

Cinta (ALLAH, Rasulullah dan ibubapa)ini merupakan cinta abadi,
cinta yang takputus, cinta yang kekal berpanjangan.



P/s:( 2 lagi jenis cinta akan diterangkan pada minggu yang lain)

assalamualaikum.. mari muhasabah diri...



Tuesday 9 August 2011

Genap Hari ku...

Assalamualaikum W.B.T

HARI INI HARI GENAP KU!
Syukur Ku kepada mu Tuhan xpernah aku rasa mencukupi,
Nikmatmu YA ALLAH banyak telah aku rasai,
Ujian dari mu yang aku gagal menghadapi, moga di ampuni hamba ini,
Hari ini genap hariku,
Lahirnya aku dasayangi dikasihi ibubapaku,
Engku kurnai aku keluarga penyayang,
Walau sederhana namun hidup ceria,



Wahai Tuhan yang Maha ESA,
Semakin aku dewasa engkau perkenalkan aku dengan teman-teman sejati,
Teman yang mengenali diriku, Lalu menerimaku seadanya aku ini hina x bermaya,
Lantaran hidupku penuh suka duka bersama mereka yang aku sayangi,
Ku tulis isi hati menyusun sepuluh jari,
Semoga dimaafi kesalahan insan yang hina ini,
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA,
JASA KALIAN TIDAK MUNGKIN MAMPU AKU BAYAR,
DOAKU MOGA KALIAN DIRAHMATI ALLAH..


Wahai IBU ku,
Ku panjatkan seribu kemaafan dan kerinduanku padamu,
Dosa ku pada mu beribu,
Namun jasamu pada ku berjuta,
Tidak pernah engkau meminta walau sedikit masa untuk meninggalkan tanggungjawabmu terhadap anakmu ini,
Doaku ,padamu IBU PENYAYANG,
agar dirimu dibawah lembayung kasih sayang Ilahi,
Bersama ayah di syurga abadi...



Ayah walau dulu pukul jentik mu aku benci,
Tegur, marahnmu aku caci,
sekarang aku sedari, aku rindui,
kerana itu membantu aku mengenal erti salah dan benar,
mengajar aku erti kehidupan sebenar,
hatimu kini lebih ku kenali, hati waja lagi berani, laksana perwira abadi,
Namun penyayang mu lembut umpama lembutnya angin meniup menusuk ke lubuk hati nurani...

Wahai saudara-saudariku,
kamulah teman ku saat aku hiba dan kesunyiaan, ku rindui keceriaan kalian, moga dapat ku rasai lagi kasih mu.
Wahai insan yang telah ibubapaku redha padamu, senyum tawamu pengubat hati yang gelisah dan gundah,
bantuan mu dan sikapmu mendamaikan jiwa mententeramkan diri, kasih sayang menjadikan aku lelaki yang sejati ingin berjuang menuju puncak kejayaan duniawi dan cemerlang di akhirat nanti, harap sabar engaku menunggu,
moga engkau jadi miliku nanti..

TERIMA KASIH SEMUA... MAAFKAN SEGALA KESILAPAN KU... MOGA KITA SEMUA
DAPAT BERSAMA DI SYUGA ILAHI. amiin..

Wassalam.






Sekeping Hati!

Assalamualaikum W.B.T..:) dah x beruras gk dah.. he3... mari kita mengenali hati..

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,


"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)






sejak kita telah dilahirkan kita memegang amanah ALLAH yang bernama hati... bermulanya hati adalah putih warnanya (bukan hati (liver) tapi nurani, kejiwaan)


sedikit demi sedikit, hari demi hari tompokan hitam kecil kita warnakan padanya,
sehingga hitam keseluruhannya.


dengan itu Yang Maha Esa memudahkan kita, Dijadikan satu bulan dalam setahun bulan yang penuh barakah.
Bulan penyucian jiwa, pembersihan hati... lalu hati yang hitam menjadi putih semula namun dengan syarat.......

saya mendapat tahu dari seseorang seorang ulama telah menjelaskan "hati2 menyiram tanaman, jangan sampai terguna minyak. takut kelak tidak nampak kesannya" (Khairul Naim (senior P.A di IPGKPP)

penerangannya:
Antara lain kupasan yang diberikan oleh tuk guru saya, Ustaz Ahmad b. Ijam Al-Banjari menghuraikan:(diterjemah dengan perkataan sendiri oleh saya) bahawa Nabi Muhammad S.A.W. memberi perumpamaan:
Amalan bulan Ramadhan itu seperti menyiram air ke pokok/tanaman. Apabila disiram dan disiram, maka pokok itu akan mengeluarkan daun. Makna katanya berkesan, ada hasil. Itulah ibarat manusia yang beribadat dalam bulan Ramadhan, setelah itu akan terlihat kesan pada dirinya. Berbeza dengan satu lagi pokok. Ia disiram juga, tetapi tak keluar daun. Tak nampak hasil yang dia siram tu, takda kesan.


pemahaman saya:

untuk menyiram tanaman haruslah dengan air yang betul: yaitu sama dengan hati, kalau 

hendak menyuburkan dan membersihkan hati seharusnya dilakukan dengan cara yang betul.



hati yang hitam hendaklah sering dibersihkan, tidak kiralah hati itu hitam sikit, banyak, 

setompok, dua tompok, bertompok-tompok. Bimbang nanti akan "bertekang"

atau berkarat atau rosak, atau tidak dapat nak dibersihkan lagi.... seperti gigi..


haruslah di berus setiap hari.. kalau x jadinya mcm ni!





OH TIDAK!!!!


Sehinggakan plu dicabut... GIGI ok lagi dapat dicabut.. dan ada ganti..

HATI MANA NAK CARI GANTI????



bersama kita menginsafi diri...


Amiin..



Assalamualaikum.W.B.T


Mutiara kata:

“Carilah hatimu di tiga tempat:

1. Ketika membaca al-Qur'an
2. Ketika solat
3. Ketika mengingat kematian.

Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, kerana engkau sedang tidak mempunyainya!”

-Imam Al-Ghazali- 


Saturday 6 August 2011

Kegagalan ketika diuji dengan nikmat...

Assalamualaikum W.B.T... salam ramadan kepada saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian...Ternyata Ramadan merupakan bulan yang benar2 nikmat kebahagiaan di dalamnya..
           Tatkala duduknya ana melihat keindahan ciptaannya terutamanya bulan, dimana bulan itu berntuknya tidak seperti cermin (berlobang-lobang dan tidak bersifat memantulkan cahaya dengan permukaannya berbatu-batu). namun bagaimana ianya dapat memantulkan cahaya matahari dengan warna yang indah dan mendamaikan hati??? alangkah indahnya ciptaan ilahi... malam2 di bulan Ramadan ini ternyata hati tersa tenang, kegelisahan dibulan biasa pudar.. namun bukan itu nak di post disini hari ini.. hari ni kita bincang bab lain pula.. Cerita yang saya janjikan...

            Saidina Tha'labah Bin Hathib al-Ansyari merupakan pemuda yang sangat beriman kepada Allah. Sentiasa beribadah dan bejemaah di masjid. Itu kewajipan yang tidak pernah dipandang enteng olehnya. Tha'labah merupakan seorang yang miskin dan fakir. Pada suatu hari, Tha'labah telah tergesa-gesa keluar dari masjid setelah menunaikan solat tanpa berzikir, solat sunat mahupun berdoa. Rasulullah melihat perlakuannya lalu memanggil dan menegurnya. " Wahai Tha'labah, mengapa kamu bersegara meninggalkan masjid seumpama orang munafik?"

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku dan isteriku hanya mempunyai sehelai baju sahaja yakni yang aku pakai ini. Andai aku memakai baju ini utk solat di masjid maka dia terpaksa bertelanjang (ada riwayat mengatakan bukan telanjg (berkemban atau xberbaju)) dan aku harus segera balik ke rumah supaya dapat dia pakai baju ini dan dia menuunaikan solat. Dengan itu aku mohon kepadamu ya Rasulullah agar doakan kesejahteraan aku    dan keluarga ku. terutama dengan harta yang melimpah." jawab Tha'labah.

" Wahai Tha'labah, REZEKI YANG SEDIKIT YANG MAMPU DISYUKURI ITU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA REZEKI YANG BANYAK YANG X MAMPU KITA SYUKURI." jawab Rasulullah S.A.W.

Keesokan harinya Tha'labah berjumpa lagi Rasulullah agar mendoakan nya menjadi seorang hartawan. namun Rasulullah menjawab " Tidak cukupkah bagimu aku sebagai teladan hidup kamu.Padahal jika aku inginkan gunung perak atau emas akan sentiasa disampingku di mana pun aku berada nescaya ALLAH akan kurniakan kepadaku." {p/s penerangan disini teladan di atas bermakna gaya hidup Rasulullah dimana Rasulullah itu menolak untuk hidup kaya}

hari-hari seterusnya Tha'labah terus menerus meminta Rasulullah mendoakannya dan berjanji dan bersumpah bahawa segala kewajipan akan dia lakukan setelah menjadi hartawan. Akhirnya Rasulullah pun mendoakannya dan memberikannya beberapa ekor biri-biri.

Biri-biri itu digeembala dan dijaga oleh Tha'labah sebaiknya. hari bergati hari, bulan berganti bulan, biri-biri itu semakin bertambah banyaknya. kesibukkan Tha'labah pun bertambah. Biri-birinya sukar dihitung jumlahnya, Kota madinah seakan sempit oleh biri-birinya. Kesibukkannya tidak dapat dielakkan lagi. Kewajipan berjemaah bersama Rasulullah s.a.w ditinggalkannya dan cukup sekadar baginya untuk "berjemaah" dengan kawanan biri-birinya. Mengikut prinsip ekonomi, disebabkan biri-birinya terlalu banyak dia pun berpindah ke luar madinah sebanyak 3 kali untuk mencari tempat sesuai baginya mengembala kambingnya. Bahkan solat jumaat pun dia tidak sempat apatah lagi solat berjemaah. X cukup dengan itu dia mempunyai prinsip untuk x pergi solat jumaat kerana itu menambah kos perbelanjaan pengangkutannya.  Setelah solat jumaat dia akan bertanyakan keadaan ekonomi,politik dan sosial negerinya. APAKAH DIA TELAH MELUPAI RASULULLAH DAN SAHABAT kerana TERLALU BANYAK MENGENALI KAMBING BIRI-BIRINYA?? Setelah beberapa masa berlalu Rasulullah teringatkan Tha'labah. Lalu bertanya Rasulullah dengan para jemaah. "Di mana Tha'labah sekarang? kenapa dia tidak menghadiri solat berjemaah lagi?"

Salah seorang sahabat menjawab "Tha'labah sibuk dengan gembalaannya, lagipun madinah sudah tidak cukup lagi untuk menampung kawanan kambingnya lalu dia berpindah jauh di luar kota ini."

Rasulullah amat kesal dengan perbuatan Tha'labah dan mengecamnya.. Setelah beberapa waktu maka turunlah perintah zakat. (at-Taubah:103)


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿١٠٣ 


maksudnya: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Mendengar perintah kewajipan tersebut maka ramailah yang datang membayar zakat kecuali Tha'labah. dengan itu Rasulullah pun mengutuskan 2 orang lelaki utk menyampaikan ayat ini kepadanya. Setelah penat lelah untuk berjumpanya dan menyampaikan utusan Rasulullah dan Ayat ALLAH Tha'labah berkata kepada keduanya "kutiplah zakat kepada orang kaya lain terlebih dahulu. kemudian datang padaku."
Setelh berjumpanya semula lalu Tha'labah mengatakan "tidakkah ini seperti UFTI?" maka balik lah keduanya dengan tangan yang hampa. belum sempat keduanya melaporkan Rasulullah seolah dapat meneka dengan perasaan yang bercampur-aduk, marah, geram, kasihan, kesal dan kegusaran Rasulullah menyatakan "Celaka kamu, wahai Tha'alabah!"

Pada kesempatan lain, Saudara (adik atau abang) Tha'labah berada berjemaah bersama Rasulullah dan para sahabat. Rasulullah telah mendapat wahyudan menyampaikan ayat tersebut yaitu ayat yang menerangkan sifat kemunafikan, orang-orang yang memungkiri janji, membelakangi janji dan menekankan kewajipan zakat. Saudara Tha'labah pasti ayat itu menerangkan tentang diri saudaranya iaitu tentang sifat Tha'labah.

SURAH (At-Taubah:75-77)


وَمِنْهُم مَّنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِن فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ ﴿٧٥﴾ (75 Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh.

  فَلَمَّا آتَاهُم مِّن فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوا وَّهُم مُّعْرِضُونَ ﴿٧٦﴾ (76
 Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).


  فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ ﴿٧٧
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.



Dengan segara saudara Tha'labah menyampaikan penjelasan ayat itu kepada Tha'labah. Keesokkannya Terus Tha'alabh berjumpa Rasulullah dengan membawa harta zakat yang sangat banyak namun Rasulullah menolak dan mengatakan bahawa "ALLAH telah melarang aku menerima zakat mu wahai Tha'labah.""

Tha'labah dengan kekesalan yang amat mendalam dia terus sujud dan megaut debu dan diletakkan keatas kepalanya. Melihat itu Rasulullah berkata "telah berkali-kali aku menasihati kamu. Namun kamu tetap keras kepala."

Setelah wafat nya Baginda Rasululluah S.A.W. Tha'labah hendak membayar zakat dan diberikan kepada Khalifatul mukminin Abu Bakar As-Siddiq namun tidak diterima kerana "Rasulullah tidak menerima zakat kamu, mana mungkin aku berani menerimanya."

dicubanya pada zaman Khalifah kedua amirulmukminin Umar AL-Khattab, dan Khalifah ketiga Uthman Bin Affan juga menolak zakat dia kerana Rasulullah tidak menerima zakatnya itu. Tha'labah terus menerus menjaga harta yang tidak bermanfaat baginya itu sehinggalah dia meninggal dunia semasa Khalifah uthman masih bertakhta. meninggal dengn penuh kekesalan dijiwa.. Na'udzu billahi min Dzalik... Dia contoh terbilang tatkala kemiskinan namun kecundang di ujian NIKMAT... Bersama muhasabah diri kita. Kisah ini bukan bermakna kita harus menjadi miskin namun berhati-hati dengan nikmat. Moga nikmat tidak melalaikan kita dari menjalani kewajipan kita sebagai hambanya..

sekian.. Assalamualaikum W.B.T



  Banyak mana harta yang perlu...



untuk melaksanakan janji keimanan, sumpah ketakwaan kepadanya.


semoga rezeki nikmatnya tidak membutakan kita dari janji dan sumpah kita...

Amiin

Friday 5 August 2011

Bingkisan buat renungan.

Assalamualaikum... bertemu lagi kita di lembaran ini... Xda idea la nak tulis apa.. jd terdetik niat mencipta sajak (sajak ke? x pasti.. apa2 pun boleh) renungan...

(p/s; Jgn KOMEN penggunaan bahasa. saya memang x pandai sajak menyajak, puisi memuisi tok.)

Dunia ini ibarat jambatan,
Dunia juga ibarat persingahan,
Dunia itu tersangat indah,
Namun yang lebih indah adalah wanita solehah,


Kehidupan di dunia sangat singkat,
lebih singkat jika kita penuhinya dengan hiburan,
Kita lupa maut semakin mendekat,
Kita mendamba kehinaan menjauhi kesucian,

Hidup ini amat kejam,
Yang jatuh akan terus dijatuhkan,
Yang tinggi terus dikecam, 
Padahal mereka hanya kambing hitam,

Hidup ini umpama suatu perjalanan,
Hujungnya ada dua pengakhiran,
Keimanan,ketakwaan membawa kebahagiaan,
Kezaliman, kejahilan rebah bersamamu di akhir perjalanan,

Usah gundah, usah gelisah,
andai hidup tidak senang,
Jangan mudah kita mengalah,
Dengan usaha luas seluas langit terbentang,
Kita bina akidah yang utuh, 
Kita cantas segala duri dan lalang,
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh,
Moga tercapai misi terbilang,

Menggapai keredaan Ilahi,
Mendamba cinta suci dan abadi,
Cinta daripada yang Maha Suci,
semoga hidup kita dirahmati.




Sekian. kalau ada terkasar bahasa di atas harap dimaafkan.
Assalamualaikum.




Tuesday 2 August 2011

Salam Ramadhan...

Assalamulaikum...W.B.T.. fuhhh... ber"uras", berdebu, berhabuk, ber... macam2 ber lah... lama dah x update ini blog... :) minggu ney saya tangguh dahulu post tentang cerita yang saya janjikan.. [p/s-saya x janji bila kan? saya janji nak post je kan?] he3.. anyway. sempena Ramadhan ini marilah muhasabah diri dengan hadis yang berikut.



Sabda Rasulullah S.A.W
وقد قال صلى الله عليه وسلم كم من صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش

"..Ada ramai yang berpuasa tetapi puasanya itu hanya menyebabkannya mendapatkan lapar dan dahaga sahaja."

(Riwayat an-Nasaa'i dan Ibnu Majah)



jom mari bersama kita mellihat bagaimana perjalanan puasa kita hari-hari di bulan Ramadhan ini supaya dapat kita memperbaiki puasa-puasa kita.


Blog bisikan-hati (awang Corner) menyatakan bahawa bagaimana Ramadhan itu adalah bulan Tarbiah dimana bulan itu bulan dimana membentuk kita menjadi insan yang mencuba sedaya upaya melaksanakan perintah ALLAH S.W.T.


1. yang paling utama SOLAT fardhu [lengkap ke x ? (p/s: bonus tambahan bagi yang berjemaah) pahala wajib dilipat kali gandakan <berapa kali ganda? hanya ALLAH yang tahu>


2. Sentiasa mengingatkan iri bahawa kita sedang berpuasa...


3. Mengurangkan perkara2 makhruh, memperbanyak amalan-amalan SUNAT dan HARUS.


4. menjaga tingkah laku, tutur kata, pandangan mata, hati (jauhi dengki, hilangkan dendam, iri hati dan sebagainya)


5. Janganlah kita menjadikan PUASA sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan.


6. Mendidik nafsu menjadi nafsu mutmainnah.. (3 nafsu yang telah disebutkan di dalam AL-Quran nafsu amarah, nafsu lawwamah dan nafsu mutmainnah. nafsu mutmainnah ialah nafsu yang telah dididik untuk mentaati ALLAH. nafsu ini membolehkan kita menolak maksiat, memberikan  ketenangan dan kekhusyukkan ketika beribadah. Rela dan mudah mengerjakan kebaikkan)
     Cara mendidik nafsu       
     6.1-mengerjakan banyak ibadah sunat. terutama qiamullail...
     6.2- membiasakan solat berjamaah.
     6.3- membaca dan menghayati AL-Quran. 

 7. sudahkah kita meninggalkan kebiasaan (kebiasaan buruk cth: menggigit kuku, korek hidung secara terbuka n banyak lagi terutama mengumpat, mencarut dan banyak lagi me....) kita? 


8. muhasabah diri selalu. INGATLAH "ALLAH ITU LEBIH DEKAT DENGAN KAMU DARI URAT LEHER KAMU (nyawa)" (Qaff:16)


semoga peringatan itu kita ambil yang baik tinggal yang buruk.. saya juga ingin mengingatkan diri saya disamping mengingatkan kamu surah As-saff:2-3  dimana ALLAH mengingatkan orang beriman kenapa memperkatakan yang tidak dilakukan. amat besar kebencian ALLAH terhadap perkara itu (kamu memperkatakan namun tiak melakukan)


Jazzakallahhu Khairan... Assalamualaikum W.B.T