Thursday 30 June 2011

Library!!!

Assalamualaikum...  minggu kuliah telah bermula.. maka serta mertalah bermulanya Assignment2 yang berlambak.. maka dengan itu kami pelajar2 yang berdedikasi(sekejapjer) terus meneruskan usaha untuk menyiapkan assignment.. he3

Friday 24 June 2011

Hadis mengenai 7 kalimah Allah

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya-Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

DO NOT ACCEPT, IF SEAL IS BROKEN

Pada suatu hari, ada seorang yahudi datang ke rumah seorang pemuda Islam.. mereka berkawan sudah lama. selepas itu ada seorang perempuan memakai tudung yang labuh, dan memakai penutup muka yang menutupi semua muka kecuali mata. Lalu si yahudi pun bertanya kepada lelaki islam, "siapakah itu?", pemuda islam itu pun menjawab,"itu isteriku." lelaki yahudi ini terus bertanya'"tidakkah melampau2 kamu dalam melaksanakan agama? dan tidak tersa panas dan rimas kah berpakaian sebegitu?''  soalan itu tidak dijawab terus oleh lelaki islam itu tadi namun terus sahaja mengajak sahabat yahudinya itu ke pasar yang menjual kuih-muih yang lazat dan enak... 
sudah tentunya di gerai-gerai kuih itu ada kuih yang bertutup, dan ada yang dibiarkan terdedah.
pemuda islam itu pun bertanya kepada lelaki yahudi tadi "kuih yang manakah engaku hendak pilih, yang terdedah atau bertutup?" dengan konfiden dan semangat nya lelaki yahudi itu menjawab "mestilah yang bertutup, kerana sudah semestinya terjamin kebersihannya dari sentuhan tangan dan lalat, serta debu2 pasir." Maka pemuda Islam memberikan penjelasannya"maka begitulah Islam menjaga wanita-wanita kami, mereka sungguh berharga sehingga tidak boleh dilihat sembarangan apatah lagi disentuh? kemudian kamu lihat kuih2 yang tidak bertutup, mereka kelihatan cantik namun telah dicemari oleh macam2, dan telah disentuh atau telah tersentuh, dan sudah tentunya mengundang lalat untuk menghampirinya. namun kuih yang bertutup itu hanya manusia yang hendak membelinya sahaja yang boleh menyentuhnya"

*lalat itu diistilahkan untuk lelaki yang suka berfoya2 atau pun Haiwan(Perogol)

Belog yang lama menyepi..

Assalammualaikum...W.B.T.
Pergh...!! lama sudah xda menaip entry2 baru... nak kata BZ, xdala bz bahkan cuti 3 minggu itu xda apa2 pun yang mampu di post sebab ana masih mengkaji, belajar dan cuba mencari topik yang mudah dipanjangkan dan senang difahami minda muda...
Dalam perjalanan mencari ana terjumpa beberapa buah blog yang amat baik utk dijadikan rujukan... (macam Asignment ndah ada rujukan.) ha2 tp kalau mahu belajar ilmu islam. Islam itu luas, mencari yang benar seumpama mencari sehelai daun dari sedahan pokok, sebutir pasir di pantai dan sebuah bintang di angkasa...

Namun hendak seribu daya x hendak seribu dalih.. HAHAHA( Rasa jadi sasterawan sekejap)
2k adalah link2 tempat saya membaca.
http://bundahenny.blogspot.com,
http://al-fanshuri.blogspot.com..
http://www.sahihalbukhari.com/sps/sbk/

namun  PERINGATAN SEKERAS-KERASNYA!!! baca dan ambiklah apa yang betul dan baik aja.. yang ney xpasti tanyalah ustaz2 yang kamu percayai... takut nanti tersilap taip, atau tersalah terjemahan mengundang padah... ok.. jap. pastok ngepost agik.. mau letak semua notes2 saya di FB kat cni... Tata.. Salam