Thursday 17 November 2011

Rumah Ku Syurga Ku.

Assalamualaikum W.B.T..

telah tiba musim cuti bagi ku..:) masa paling ditunggu untuk bersama famili....


Apabila suasana rumah terasa bahagia,
hidup akan sentiasa tenang,
hidup terkawal dan indah,
Sentiasa rindu akan rumah...

yang menghairankan kenapa ada juga yg rasa janggal hendak balik ke rumah..
untuk berjumpa tapak kaki yang di bawahnya syurga...
untuk berjumpa insan yg titik peluhnya..
untuk membesarkan kita...

sudah tentu ada masalah nya...
jadikan rumah(keluarga ) berseri dgn cahaya Islam....
nescaya rumah itu tempat percutian pertama ingin kita berada...
walaupun besar mana masalah...
Kembali kepada jalan yg ditunjuk oleh panduan(alQuran dan Sunnah)
Nescaya hidup ini terasa indahnya...


=,=" entah apala aku merapu di atas.. tapi pelikla... kenapa ada insan lebih suka berada jauh daripada keluarga...
Ya! dulu pernah juga aku merasa begitu...
Tapi bila difikirkan kembali...
sudah tentu Parent akan berasa diri mereka itu byk kekurangan...
kerana mungkin x sempurna dalam menjaga anak2 mereka..
Oleh yg demikian.. sebagaimana susahnya pun.. keluarga tetap keluarga..
pulanglah untuk bersama mereka...
Luahkan rasa syg tehadap ibu dan Ayah...
Moga hidup yg lebih baik berada di hadapan...

Wassalam..:,-)
bersyukur sgt untuk dapat bersama dgn keluarga..
Merekalah permataku.. yang berada dicelahan kaca...
walau sesukar mana masa bersama mereka... mereka tetap berharga bagiku..

Sunday 6 November 2011

Sujudku..

Assalamuaalaikum W.B.T.

Solat.. solat merupakan rukun yang diturunkan oleh Allah secara direct kepada Rasulullah... Ibadah yang utama dan yang paling awal ditnya di padang Masyar...

mari kita lihat sejarah Syaitan.. Syaitan mulanya dikatakan adalah makhluk yg mulia di sisi Allah.. ketua kepada Para Malaikat... Nescaya Malaikat tugasnya hanya untuk beribadah kepada Allah.. Apakah yang telah menjatuhkan kedudukannya??????

KEENGGANAN UNTUK SUJUD PADA PERINTAH ALLAH IAITU SUJUD KEPADA NABI ADAM A.S....

keenganan itu adalh datang daripada keangkuhan kerana merasakan dia telah banyak beribadah kepada Allah. Dia lebih mulia. (kesombongan)
cuba kira.. dalam sehari.. berapa kali sujud dalam solat kita tinggalkan?
(maksudnya x solat la tu)

dan perintah itu adalah UNTUK MENYEMBAH ALLAH YANG MENCIPTA KITA DAN SEKALIAN ALAM...

Adakah kita cukup mulia untuk tidak solat.. sombongkah kita untuk sujud kepada yang MAHA MENCIPTA, MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG?
Astaghfirullah al-Azim....

cuba kita hitung diri kita... nilai diri kita.. ketahuilah bahawa sujud(solat) itu tanggungjawab yang telah diturunkan kepada kita melalui Rasul junjungan mulia.. Rasulullah S.A.W...

Dan Solat Yang Sempurna ITU MENCEGAH KITA DARI melakukan PErkara KEJI dan MUNGKAR


'Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (al-Ankabut: 54)




kalau nak membina umat binalah tiang yang kukuh.. Dan tiang Agama adalah Solat.... 

justeru.. kalau hendak menjadi Insan dan masyarakat Yang Cemerlang juga bermula dangan Solat.. oleh itu ibu bapa harus mengambil perhatian atas arahan yang diberikan oleh Rasulullah dalam hadisnya

“Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan shalat bila mereka telah berumur 7 tahun, dan bila mereka telah berumur 10 tahun meninggalkan shalat, maka pukulah ia !”

Askar Islam tidak belajar Kawad kaki untuk berdisiplin... namun mereka berdisiplin melalui Solat...

Wasalam...