Tuesday 12 April 2011

Hakikat masa kini...

Assalamualaikum W.B.T.. seminggu sudah tidak mengepost apa2. he3. maafkan ana. bz sikit.. he3. malam ini takde nak dishare tapi cukupla sebagai peringatan kita bersama. sejak zaman dahulu Yahudi terus menerus dengan agenda mereka untuk merampas tanah Palestin dan melesapkan agama islam dari muka bumi. mereka merupakan ahlil kitab sebenarnya lebih mengetahui kebenaran agama islam. ALLAH telah berfirman "tidak akan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau ya Muhammad selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka."(Surah Al-Baqarah: 120).
Banyak agenda2 yahudi laknatullah ini telah mereka jayakan. ini kerana mereka berjaya menyembunyikan agenda2 nya dari pendangan terus. mereka menutup segala cahaya panduan terhadap org Islam dengan kegelapan. 
pertama mereka meruntuhkan UKHUWWAH ISLAMIYAH umat islam yang telah terjalin. Firman ALLAH  dalam surah AL-HUJURAT ayat ke 10 ''Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara" 
kemudian



Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya. 

maka dengan pengetahuan ini, yahudi laknatullah mengenal pasti kelemahan umat islam. Dipecah belahkannya umat islam. dihantarkannya beberapa orang munafiq dari kalangan mereka seolah2 mereka beriman padahal mereka itu kufur dan mengkufurkan.

kedua dicantaskan mereka agama kita. mereka membataskan bahawa agama islam adalah hanya untuk memenuhkan ibadah dan beramal soleh dan menjaga akhlak sahaja padahal islam itu ad-din. cara kehidupan manusia secara menyeluruh. antara benda yang dicantas dari pemikiran islam. 
MANUSIA lebih memilih untuk menggunakan sistem pemerintahan liberal yang berasaskan pemikiran manusia berbanding pemerintahan berasaskan Islam dan sunnah yang merupakan panduan yang diberi oleh ALLAH. selain itu pencantasan budaya hidup. pandanglah remaja sekarang budaya hendonisme makin menjadi-jadi. lebih ramai berkumpul dikonsert berbanding solat sunnat hajat. Yahudi telah berjaya mencantas umat islam dalam mengamalkan sunnah nabi dengan mengadakan kajian2 yang sebenarnya hanyalah agenda semata2 contohnya mengajar makan dengan sudu garfu nampak lebih bergaya dan elegan padahal sunnah nabi mengajar kita makan dengan tangan. mereka mengadakan hari2 istimewa seperti valentine, hari ibu dan sebagainya untuk mencantas dalam hidup ini kita harus mengamalkan sifat2 murni disamping merosakkan akhlak dan mengaut keuntungan dari perbelanjaan membeli hadian pada hari2 tersebut.

Wahai umat islam. marilah kita bersama-sama membuka mata dengan luas. mari kita ubah cara hidup kita berteraskan islam secara menyeluruh. kita buka mata pemimpin2 kita untuk membantu negeri2 islam yang mengalami masalah. semua masalah. marilah kita bersama2 memegang teguh janji yang pasti yaitu syurga yang abadan abada... pisahkan HAQ dengan BATIL. hentikan drama2 politik yang kotor. mari kembalikan kegemilangan agama kita. ALLAHHU AKBAR.. ALLAHHU AKBAR... ALLAHHU AKBAR...

mari kita sama2 berdoa saat pembebasan PALESTINE akan tiba.. mari kita berdoa kita akan bersama-sama manusia yang beriman dan memiliki kekuatan ukhuwah.. kukuhkan ukhuwah kita bersama hilangkan persengketaan. moga kita mendapat rahmat darinya. moga ALLAH memberi hidayah bagi saya.. dan semua.. Amiin.
Assalamualaikum. jum saya tonjolkan lagu yang saya minati dari RAIHAN untuk membangkitkan semangat cinta kita pada ISLAM, RASULULLAH DAN terutamanya ALLAH yang MAHA ESA..


UNTUKMU PALESTIN
Berzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa...lestin

Tuesday 5 April 2011

Entitled...

Assalamualaikum.W.B.T... hurm.. sekarang masih dalam proses mencambah idea penulisan bebentuk ilmiah.. jd past kali ini adalah ringan2 sahaja. Sebagai seorang bakal warga pendidik,kami telah mempelajari Ilmu Kemahiran Berfikir.. sebenarnya ini suatu tajuk yang menarik.. namun ia jadi kurang menarik apabila ia dispesifikasikan dengan beberapa konsep mengenainya daripada ilmuwan2 barat dan hanya sedikit menggunakan pandangan Ilmuwan Islam.. kalau hendak diceritakan maka berjela lah post saya kali ni.. haha.. just untuk pandangan umum.. Cara berfikir Islam telah disusun oleh para ulama' bermula degan Al-Quran dan sunnah, ijtima' ulama dan seterusnya dan seterusnya(tidak berapa ingat dan takut silap).. Pandangan ini seharusnya digunakan dalam pemerinthan negara2 islam berbanding menggunakan pemikiran2 liberal barat yang hanya berdasarkan logik akal.. masih ingat Teori Newton :every actions has equal and opposite reactions kerana semua yang dibuat melalui akal manusia mempunyai sebab dan akibat.. Tidakkah Tuhan itu lebih mengetahui bagaimana mengatur kehidupan hambanya? maka Al-Quran jelaslah panduan setepat2nya.. Eh Eh... pjg lebar pulak.. erm.. Sahabat2 sekalian.. harap dapatlah di bantu ana ini dalam penulisan dengan menyatakan pandangan2 saudara-saudari di emel mahupun di chatbox disana. bantuan kalian amatlah saya hargai.. mari saya dendangkan lagu untuk edisi ini.. ha2 (lirik jela)

Kita Akan Dijemput

Munsyid : Ukays

http://liriknasyid.com

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya
Bila mentari menyulubungi
Kitapun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam
Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang di miliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana
Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti
Harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita
Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang
Dijemput pulang…
Dijemput pulang…


Sunday 3 April 2011

Wahai hati... berhentilah menangis...


Assalamualaikum.. he3 walau suda lewat ingin saya menulis sesuatu disini... Allahuakbar... Maha Suci Allah yang mentadbir seluruh alam.. Sahabat-sahabat, saudara-saudari yang dirahmati ALLah...  di dunia ini tiada siapa yang mampu berkata "saya tidak pernah sedih walau sedikit pun." "saya hanya gembira"atau "apa itu sedih?" seolah-olah kehidupannya sungguh sempurna... ingin di kongsi disini bahawa Nabi junjungan kiat, nabi Sekalian Manusia akhir zaman, Rasulullah S.A.W pun pernah merasa hiba dan sedih seperti cerita2 saya sebelum ini dan disini saya ingin menceritakan betapa hibanya Rasulullah kehilangan 2 org insan yang amat baginda sayangi, kasihi dan cintai...
TAHU TAK SIAPA?

Siapa lagi kalau bukan bapa saudaranya yang memeliharanya semenjak kecil dan ISterinya yang solehah, Ummul Mukminin... 2 org kekasih ati Rasulullah yang menyayangi nabi dan orang yang sentiasa membantu menyrahkan jiwa raga hati dan harta dalam membela dan membantu perjuangan Rasulullah menybarkan dakwah. Ini kisah disaat isteri nabi sedang sakit Saidatina Khadijah bertanyakan RasulullAh "ya Rasulullah, sebagai isterimu sudahkah aku memuaskan mu? sungguh aku mohon ampun daripada Allah atas segala dosa ku dan memohon segala kesalahanku terhadapmu."
Mendengar itu Rasulullah tidak mampu menahan air matanya "Wahai Khadijah, Demi Allah sebagai isteri engkau telah melakukan yg ter baik untukku. Ketahuilah bahawa melalui Malaikat Jibril, Allah menyampaikan salam sejahtera keatasmu, dan syurga terbaik adalah untuk mu."
maka wafatlah Ummul Mukminin di pangkuan Rasulullah setelah kehilangan  bapa saudaranya yang masih jelas terasa. Wahai sahabat yang saya Kasihi.. adakah kesedihan kita lebih dari itu. Apakah kesdihan kita melebihi kesengsaraan Nabi Ayyub yang di uji Allah dengan pelbagai dugaan sehingga mati anak-anak, ternakannya dan mendapat penyakit yang ditakuti.. BERSABARLAH WAHAI HATI.. sesungguhnya penderitaan dan kesedihan kamu tidak akan dapat melawan kesedihan RasulullaH yang merindui saudaranya.. kesedihan itu sebahagian dari warna kehiduppan yang mencorak kain putih yang telah lama dicorakkan.. mari corakkannya kearah yang betul dengan redha dan bersyukur di atas segala nikmat dan dugaannya..
Mari kita renungkan kata-kata pujangga ini:
Wahai langit yang dicipta dengan penuh keajaiban, 
Didirikan tanpa tiang, dipenuhi dengan awan,
begitu juga hati yang asalnya rapuh hanyalah segumpal  darah,
namun tinggi fungsinya, Maha Suci Allah yang mencipta.
Dengan Hati kita mengenali pencipta,dengan hati ini kita menjalani kehidupan,
Hati ini rapuh, mudah dilukai mudah hancur,
maka kukuhkanlah ianya dengan Iman, 
Tebalkan ia dengan sabar,
Sihatkanlah ia dengan Syukur, 
latihlah ia untuk tunduk dengan ajaran agama dan akal,
Moga tidak sesat selama-lamanya..
Duhai hati berhentilah engkau menangisi,
kesedihanmu tidak sedalam sedihnya Amar ibn Yasir yang disiksa Kafir LaknatuLLAH,
Hingga kehilangan AYAH DAN BONDANYA SEBAGAI SYUHADA',
Wahai HAti yang menjadi amanah kepada ku,
Usahlah kau menyesal, mari kita ubah segala kesilapan lalu,
Duhai Hati,
BerhenTilAH menangis,
BERHENTILAH MENAGIH SIMPATI BANGSA DURJANA,
Mari bangkit menuju TAQWA...
Amiin.

Saturday 2 April 2011

Mari mencintai Nabi Muhammad S.A.W part 2

Assalamualaikum, Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi mampu saya membuka blog ini untuk sekali lagi menyambung topik yang kurang kita bicarakan dengan mendalam... kita telah banyak mendengar... saya ulangi... KITA TELAH BANYAK MENDENGAR... ceramah, ulasan dan sebagainya tentang Rasulullah namun cinta kita terhadapnya masih terlalu jauh berbanding cinta baginda terhadap umatnya..

           Sudah semestinya telah didengarkan olah ustaz-ustaz tentang cerita kewafatan Nabi junjungan kita. Muhammad S.A.W... bagaimana cintanya baginda terhadap umatnya sehingga mana saat akhir hembusan nafas baginda yang di terlafaz dan diukir dibibir adalah perkataan "ummati, ummati, ummati"... Lihatlah, bukalah pintu hati kita menyelami cinta rasul seluruh alam kepada umatnya... usah ditutupi hati dengan keinginan nafsu dan tipudaya dunia... jika kisah-kisah sebelum ni masih tidak mencukupi.. mari kita selami detik2 bagaimana tingginya kasih sayang nabi itu kepada umat..

Ceritanya bermula sebegini.  pada suatu hari Rasulullah sedang mengimami solat fardhu.. sepanjang solah para jemaah mendengar bunyi keriut yang menunjukkan seolah sukarnya Rasulullah hendak mengerakkan badan dari rukun ke rukun sterusnya. maka setelah selesai solah maka bertanyalah para sahabat kepadanya
"Ya Rasulullah, kami melihat seperti tuan sedang mengalami kesakitan yg amat berat. apakah tuan sedang sakit. ya Rasulullah.?''
Nabi menjawab" Tidak sahabatku, Alhamdulillah aku sihat dan segar.''
''Ya Rasulullah, tetapi mengapa setiap kali Tuan menggerakkan badan terdapt bunyi sendi bergeseran pada tubuh tuan? kami yakin tuan sedang sakit"
Seraya dengan itu Rasulullah pun mengangkat jubahnya.. maka terkejutlah para sahabat. perut baginda dililit dengan kain putih yng berisi batu kerikil untuk menahan lapar. batu2 itulah yang berbunyi ketika rasulullah bergerak.
terus bangkit sahabat seraya berkata" ya Rasulullah, mengapa tuan tidak menyatakan rasa lapar dan tidak ada makanan. nescaya kami akan mendapatkannya bagi tuan.''
Rasulullah pun menjawab "Tidak sahabat2ku sekalian, aku mengetahui kalian sanggup bekorban apa sahaja untuk rasul kalian. Tetapi apa yang harus aku jawab nanti apabila aku sebagai pemimpin mnjadi beban bagi umatnya? biarlah kelaparan ini hadiah Allah bagiku, supaya tiada kalangan umatku tidak kelaparan lebih2 lagi di hari Akhirat."
MasyaALLAH sahabat2 sekalian lihatlah pengorbanan nabi.. teladan terbaik dari segala aspek. wajib menjadi idola sekalian manusia. malah tidak cukup dengan itu telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Ahmad bahawa Rasulullah HABIBULLAH telah berjanji kepada umatnya untuk memberi syafaat diakhirat kelak dengan katanya '' Semua nabi memiliki doa yang dikabulkan Allah dan aku menyimpan doa ini bagi Hari Kiamat utk memberi syafaat kepada umatku," (sepertimana Allah mengabulkan doa Nabi Musa A.S sehingga diturunkan Taurat, Nabi Isa A.S agar turun makan dari syurga untuk umatnya)

Ini semua harus kita teliti untuk melahirkan rasa cinta kepada RASULULLAH. Wahai jemaah muslim yang dirahmati Allah. kita sekarang melihat banyak berlakunya penghinaan kepada Rasulullah S.A.W melalui kartunis, Laman sosial dan sebagainya. Jgnlah kita menghina, mencerca mereka. lakukanlah amalan seperti Rasulullah dengan mendoakan hadirnya hidaya bagi mereka.. kerana kebanyakkan yang menghina dan menceerca Rasulullah adalah org yang tiada Ilmunya. kerana jika seandainya kiranya mereka mengkaji kehidupan Baginda keseluruhan dan mempunyai ilmu mendalam mengenali Rasulullah. mari say singkapkan kata2 org bukan islam yang berilmu tentang Rasulullah,


  • Baron Cara De Vaux (1868 M) seorg orientalis bangsa Perancis, professor di Perguruan Tinggi Katolik Perancis dalam bukunya De Kracht van den Islam halaman 322 "Sbgai seorang filosof dan nabi, Muhammad dpt dipandang sebagai roh ilahi, indah dan praktis, lebih tinggi dari metafizik dalam moral"
  • Napoleon Bonaparte (napoleon I) Panglima perang kenamaan dan pengasas Imperium Perancis berkata (dalam buku Bonaparte de Islam karangan Cherfils) "Musa menerangkan adanya tuhan kepada bangsanya, Isa@Yesus kepada Romawi namun Muhammad kepada seluruh dunia."
  • Washington Irving (1783-1859)"sasterawan AMERIKA pertama dalam bukunya berjudul Life of Mahomet (london 1889)''Dia (Mohamet) makan secara sederhana, dan bebas dari minuman keras, serta gemar berpuasa. dia tidak pula menuruti nafsu bermewah-mewahan dalam berpakaian, tidak pula fikirannya itu sempit,kesederhanaan nya berpakaian dilatar belakangi oleh sikapnya yang tidak mempedulikan hal yang ringan. dlam urusan peribadinya dia bersikap adil. dia memperlakukan org kaya, miskin, kawan dan orang asing, orang kuat dan lemah, dengan cara yang adil. Dia dicintai rakyat kerana dia menerima mereka dengan kebaikkan hati dn mendengarkan keluhan mereka. Kejayaan ini bukanlah sia-sia dan sekali-kali tidak membuatnya bangga kerena tujuan semua itu bukan kepentingan peribadinya. Ketika dia memiliki kekuasaan yang besar dia tetap sederhana dlm sikap dn penampilannya sama seperti dia dlm keadaan sngsara. Sgt berbeza dengan seorng raja dia tidak suka bila memasuki sesuatu kawasan org memberikan pnghormatan berlebihan kepadanya."
  • Byk laGI.. (pnt) O.o he3
  • bolehla cari2.. terutama dlm buku yang saya cedok maklumat ini. USWATUN HASANAH karya HADDAD ALWI
  • tulis pjg2 nanti korang boring..
Maka dengan itu berakhirlah episode marilah cintai rasulullah. andainya banyak lagi yang antum semua tahu bolehlah kongsi2kan kepada ana. mari kita merafa'kan kesyukuran kepada yang MAHA ESA serana berada didalam umat paling mulia Umat Nabi Muhammad S.A.W. Mari melahirkan cinta kita terhadap Rasulullah nescaya dpt melengkapi iman dihati. UCAPLAH SAYA CINTAKAN RASULULLAH.. maka dengan selawat dan salam yang berterusan hari demi hari menjadi amalan InsyaAllah akan timbulah cinta yang mendalam terhadapnya walau tiada pernah melihat Baginda.
Sallahu a'la Muhammad, Sallahu a'laihi wasallam... Muhammad nabi junjungan ku.. nabi junjungan seluruh Umat. aku ingin melahirkan cinta padanya. Amiin

Mari mencintai Nabi Muhammad S.A.W part 1

                 Di sini, halaman ini tidaklah saya ingin menceritakan sirah kehidupan nabi.. kerana telah sering diceritakan oleh Ustaz-ustaz.. mesti ramai dah kenal Nabi Muhammad. Insyallah. disini kita hendak mengenali MUHAMMAD BIN ABDULLAH ,rasul pilihan Allah... rasul akhir zaman.. dimana tatkala kelahirannya terpadamlah api Majusi, teranglah cahaya menerangi Semenanjung Tanah Arab. Nabi seluruh Umat akhir zaman. dari zaman kecilnya Nabi Muhammad S.AW telah memiliki sifat-sifat yang terpuji. Baginda dikasihi oleh seluruh penduduk Makkah. tidak seorang pun yang tidak menyanjunginya, sehingga baginda mendapat glaran Al-amin di atas kebijaksanaannya dan kejujurannya.. Setelah kenabiaannya baginda dicemuh dan dihina oleh kafir Quraisy yang cuba menghentikan dakwahnya dengan bermacam-macam cara.
                       Baginda amat mulia disisi Allah S.W.T. tidak ada manusia walau dihina dan dicerca malah dicederakan tidak langsung melawan malah mendoakan orang yang mencederakan kita. Namun sepertimana peristiwa Dakwah baginda di Thaif baginda telah berdakwah namun ditolak secara mentah-mentah malahan lebih  teruk lagi Baginda di baling batu sepanjang jalan di Thaif. baginda tidak membalas apatahlagi menghina, berputus asa, marah, geram dan apa2 yang berkaitan dengan marah. Namun baginda duduk membersihkan lukanya dan berdoa " Ya Allah, kepadaMu aku mengeluhkan kelemahan ku, kekurangan akal dan hujahku, serta kelemahan dayaku menghadapi manusia. kepada siapa hendakku serahkan diriku? kepada orang yang jauh memandang rendah kpda ku atau kepada musuh yang engkau beri kuasa untuk mengagalkan tugasku? tidakkupedulikan keadaanku ini, asalkan engkau tidak murka kepadaku. Namun bagimu rahmat yang luas." (pjg lagi sebenarnya) tetapi pahami maksudnya. Rasulullah tidak menghinakan penduduk Thaif malah merasakan bahawa itu semua terjadi kerana kelemahan2nya. MasyaAllah.. Selawat dan salam ke atas baginda.. selepas itu datanglah malaikan penjaga gunung kepada baginda dan berkata ''sesungguhnya penduduk Thaif ini sudah melampaui batas, Allah memerintahkan aku berkhidmat kepadamu. jika engkau berkenan nescaya akan aku jatuhkan gunung -gunung kepada mereka agar mereka binasa" dengan segera nabi menjawab "Tidak wahai malaikat, jangan. aku melihat masih ada kebaikkan didlm penduduk thaif itu. lagipula mereka masih belum mahu beriman. aku berdoa agar anak2 mereka nanti menjadi org beriman" MasyaAllah. betapa tingginya kemulian nabi Muhammad S.A.W.. lihatlah kepada kaum Nabi Lut, Nabi Nuh dan nabi2 sebelumnya..
                          Nabi Muhammad adalah nabi yang sangat2 mencintai umatnya seperti firman Allah dalam surah   At-Taubah ayat 128 yang  bermaksud "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.'' setiap saat dalam kehidupan Rasulullah S.A.W baginda sentiasa mengingati umatnya. seperti dalam beberapa cerita yang diriwayatkan oleh para ulama. antaranya::
Pada suatu hari, rasulullah sedang duduk bersama para sahabat dan tiba rasulullah berkata sambil memegang janggutnya,''alangkah rindunya aku ingin berjumpa saudara2ku''
para sahabat bertanya'' bukankah kami saudara2mu ya Rasulullah.?
"kalian sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian. tetapi aku merindukan saudara-saudaraku.''
''siapakah mereka Ya RasuluLLAH?"
airmata terus mengalir dari pipi rasulullah dan membasahi pipi dan janggutnya. ''saudara-saudaraku adalah umatku yang hidup tidak sezaman denganku. Walau tidak melihat dan berjumpa denganku, mereka beriman, mencintaiku, membenarkan kata-kataku. Aku merindui mereka dan mencintai mereka.: para sahabat tunduk dan turut menangis. kata-kata itu bukan sahaja menimbulkan cinta di hati baginda malah para sahabat. dan seraya salah seorang sahabat berkata.
Ya Rasulullah
Engkau ingin berjumpa dgn mereka, 
Kamikah itu ya Rasulullah?, 
Engkau rindukan mereka., 
kamikah itu ya Rasulullah? 
Engkau dambakan mereka,
Kamikah itu ya Rasulullah?
Engkau ingin bertemu mereka yang tidak pernah engkau jumpai,
Kamikah itu ya Rasulullah?
mereka yang bibirnya selalu bergetar mengucap selawat bagi mu,
Kamikah itu ya Rasulullah?
Engkau ingin datang memeluk mereka, bagi memuaskan kerinduanmu,
Kamikah yang engkau rindukan itu ya Rasulullah?
Engkau akan datang kepada mereka yang mengunjungi kamu dengan selawat, 
maka dengarkanlah selawat kami bagimu ya Rasulullah.
ALLAHUMMA SHALLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD
maka hadirlah engkau dalam jiwa kami, dalam mimpi2 kami,
masih kami ingat sabda mu,
'' barangsiapa datang kepadaku, akan aku berikannya syafaat kepadanya di hari kiamat kelak''
Labbaika ya Rasulullah, kami datang. maka, wahai yang mulia disisi Allah berikanlah syafaat kepada kami disisi Allah.
Sahabat dan rakan-rakan banyak lagi contoh yang boleh kita lihat membuktikan betapa cintanya nabi kepada umat.  sehingga mana Saidatina Aisyah r.a berkata bahawa nabi muhammad sepanjang hidupnya tidak pernah baginda makn dengan kenyang selama 3 hari berturut-turut. dan pernah berkata " selagi masih ada org2miskin dan kelaparan di sekitar masjid maka aku tidak akan kenyang'' masyaAllah. bersyukurlah kita mempunya uswatun hasanah seperti baginda yang patut dicontohi. sekian sahaja penulisan saya untuk ini kerana saya kesuntukan masa dan ingin menunaikan solat asar. Jum berjemaah. InsyaAllah. nantikan sambungannya. jika ada salah dan silap dalam penulisan ini bisa lah ditegur dan diperbetulkn. harap dpt dimaafin... sekian. wassalam..

Friday 1 April 2011

Salam pembukaan...

Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah S.W.T dapat jugak buat blog yang tak seberapa neyh.. Saya membuat blog ini untuk menyimpan dan menge"SHARE" khazanah-khazanah ilmu yang diperolehi selama hidup ini, Insyallah. Kalau  ada silap salah tegurlah saya dengan sebaiknya. dan jika saudara atau saudari ada ilmu yang hendak dikongsikan Insyallah bolehlah hendaknya dkongsikan dengan saya di emel saya azrul2406@gmail.com Terima Kasih. 


"Ilmu itu ibarat pokok, amal pula buahnya maka ilmu tanpa amal itu sia-sia manakala beramal tanpa Ilmu gila"