Tuesday 16 August 2011

CINTa???



Assalamualaikum W.B.T... minggu ni ada banyak idea nak di post kan ke blog ni.. tp biasalah internet slow tahap siput yang kakinya sakit gitu.. (walaupun siput ana rasa takde kaki) ha2.. di samping eseimen melambak..

Hari ni saya akan bercerita tentang cinta.. Pada ana cinta ini ada tiga..

Pertama CINTA yang sedia ada, (CINTA LUAR BIASA)

Cinta ini adalah cinta hakiki yang membawa ke syurga abadan abada..
Cinta daripada ALLAH S.W.T,
Cinta yang paling tinggi, cinta pencipta kepada makhluk ciptaannya,
Andai manusia dapat memahami betapa tingginya darjat kita di sisi ALLAH nescaya semua orang yang mengaku dirinya islam akan sujud dengan sekhusyuk-khusyuknya,
kita lihat beza kita dengan Malaikat,
Malaikat itu ALLAH tidak kurniakan pelbagai nikmat sepertimana kita dapat walau mereka itu jauh lebih mulia(dari sudut ketaatan) dari kita,
ALLAH mencintai kita sehingga DIA menurunkan para anbiya' sebagai pemandu arah untuk menuju ke cinta-NYA... Cinta-NYA yang abadi dan hakiki,

Cintanya seorang kekasih ALLAH, Rasulullah S.A.W,
baginda menghulur cinta kepada umat tiada tolok bandingannya,
cinta nya suci murni, cinta yang sgt mendalam sehingga hujung nafasnya bergema ingatannya terhadap umatnya,


Cinta baginda terhadap kita sudah terbukti, bagaimana pula cinta kita terhadapnya?
Nauzubillah, cinta seperti ini cinta yang seharusnya kita miliki untuk semua saudara kita, Terutama Rasulullah..
Cinta sudah disediakan, maka sambutlah dengan cinta yang luar biasa,

Cintanya IBUBAPA kepada anak-anaknya,
terdapat kata-kata pujangga menceritakan bahawa 1 ibu dan bapa mampu menjaga 10 orang anak dengan penuh kasih sayang, 10 orang anak itu belum tentu mampu menjaga ibu dan bapanya semula,
Cintanya mereka kepada kita tidak minta di balas,
Susah mereka atas kerelaan menjaga kita,
andai tiada mereka siapalah kita hari ini,



   

Cinta (ALLAH, Rasulullah dan ibubapa)ini merupakan cinta abadi,
cinta yang takputus, cinta yang kekal berpanjangan.



P/s:( 2 lagi jenis cinta akan diterangkan pada minggu yang lain)

assalamualaikum.. mari muhasabah diri...



1 comment: