Tuesday 3 May 2011

Rindu.........

Jeng..jeng...jeng... Assalamualaikum W.B.T.. lamak dah belog kmk tok sunyi sepi... trbior macam umah kak limah(dlm cerita HKL).. he3.. kali tok post just meluah rasa rindu yang teramat dengan keluarga.. bak kata org Sarawak "you will not appreciate what u have until you lose it.". he3. kali tok bukan lose tp far away from them..
masih teringat diri ana dulu dijaga oleh nenek(sebelah emak) jd nenek pun adalah mak kmk. kerapatan dgn famili memang banyak mendidik dan membuatkan ana menjauhi dari perkara yang merosakkan nama famili... memang jaga sgt harapan famili.. walaupun nenek(sebelah bapa) ada 50 lebih cucu tp saya sayang nenek saya. he3. dan sayang sangat2 dengan famili saya. wah... nang luah perasaan la tok.. he3. mak dan bapak adalah pendorong kekuatan untuk berjuang menjadi harapan keluarga. harap dan doa agar adik-adik saya lebih berjaya dari saya.. SAYA SAYANG KELUARGA SAYA.


xcukup line nak letak gambar famili... HUHUHUHUHU...
jom kita contohi teladan sebaik-baik manusia bagaimana baginda Rasulullah S.A.W berkeluarga..


Dalam kehidupan Rasulullah tiada pernah baginda menyusahkan kehidupanisterinya dengan menyuruh-nyuruh. malah baginda ringan tulang sehingga membantu isteri-isteri baginda dlm menguruskan hal rumah tangga. bersifat lemah lembut dengan isterinya. x pernah dikasari isterinya malah meminta kebenaran / memberitahu isterinya ketika hendak bangkit solat malam atau pergi kemana-mana. wahai lelaki mari kita mencuba menjadi suami semulia baginda. walau x sempurna mari dekatkan diri kearah kesempurnaan.


Rasulullah bersabda Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'alaih). 


Kita jarang mendengar kisah bagaimana Rasulullah S.A.W melayan ibunya kerana tidak banyak diceritakan sebabnya tidaklah lama baginda tinggal bersama ibunya.. setelah mengambil semula Rasulullah daripada ibu susunya sempat jugalah Rasulullah tinggal bersama ibunya. walau dengan kekurangan makanan dan keperluan baginda tidak pernah merungut dan sentiasa membantu ibunya dalam menjalani kerja-kerja harian.. Rasulullah sempat menjaga ibunya yang sedang sakit sehingga ibunya wafat di abuwa'.


Dengarkan lagi satu hadis : Rasulullah Saw ditanya tentang peranan kedua orang tua. Beliau lalu menjawab, "Mereka adalah (yang menyebabkan) surgamu atau nerakamu." (HR. Ibnu Majah)Penjelasan:Kalau berbakti masuk surga dan kalau bersikap durhaka kepada mereka masuk neraka.


Bukan hendak menakut-nakutkan. kita harus sedia cuba berbakti kepada ibubapa selagi yang mampu selama mana lah hayat mereka..
benar kata orang : ibu dan ayah hanya satu mereka mampu menjaga seramai anak yang mereka ada dengan penuh kasih sayang dan ikhlas. namun anak yang ramai x terjamin kemampuan mereka untuk menjaga ibu dan ayah yang satu..


muhasabah diri kita dengan cerita 
di zaman Umar bin abdul aziz ( xpasti ada cerita bahawa ini dizaman para sahabat). ketika sedang mengerjakan haji ternampaklah seorang lelaki sedang mendukung ibunya mengerjakan tawaf. lalu ditanya oleh lelaki itu kepada amirrul mukminin "apakah cukup amalan ku untuk membalas jasa ibuku?" lalu dijawab oleh amirul mukminin bahawa " x. tidak sedikit pun walau sesaat kesakitan ibumu ketika melahirkanmu"


selain itu kasih sayang rasulullah terletak pada kanak-kanak. pernah suatu ketika Rasulullah sdg mendukung seorang anak yang ibunya sedang berniaga tak semena-mena rasulullah terkena kencing anak tersebut. dengan pantas ibu kepada anak tersebut menarik anak tersebut dan marah. lalu rasulullah menegur ibu itu dengan lembut dan sopan tetapi penuh hemah " kencing itu boleh dicuci dan buanya boleh dihilangkan namun hati anak itu sukar diubati" lihatlah bagaimana rasulullah mendidik anak. mencintai anak-anak dengan penuh kasih sayang.


he3 sangat menebal rinduku pada ibu dan ayah yang tercinta...
Dan yang terakhir dalam post kali ini sebuah hadis"Apabila seorang meninggalkan do'a bagi kedua orang tuanya maka akan terputus rezekinya. (HR. Ad-Dailami)"


JOM JGN TINGGALKAN DOA UNTUK MEREKA.. antara 3 amalan yang tinggal bagi merek apabila terpisah dari jasad adalah doa anak yang soleh wa solehah. mari jadi soleh supaya doa untuk ibu bapa kita sentiasa mendapat redha ALLAH. 
lagu untuk kali ini ialah lafaz yang tersimpan. sesiapa belum pernah meluahkan rasa sayang kepada ibu dan ayah silalah lakukan. ALHAMDULILLAH setelah ana melakukan sebegitu tersa redha ibu dan ayah mu.. 



Lafaz Yang Tersimpan

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan












No comments:

Post a Comment