Friday 6 May 2011


Binakan sedikit keZUHUDan kedalam diri kamu... kerana sedikit itu boleh dibanyakkan.. sunia sentiasa akan menipu kita walau disaat kita beribadah.. dunia itu tiada dibawa mati. kenapa lebih dikejar benda yang akan ditinggalkan? sedang akhirat menanti.. jangan saat nak makan ingat dunia, nak tido ingat dunia, solat pun ingat dunia, apa ibadah pun ingat dunia.. ingatlah saat ajal dihalkum tiada apa yang kau ingat itu membantu kamu....

saat hendak solat di lengah-lengahkan...
tetapi saat hendak bermain disegerakan..
saat hendak menyempurnakan amanah ditangguh-tangguh..
saat hendak melakukan keburukkan hendak dicepat-cepatkan...
ketika hidup itu semakin rapuh...
semakin dekatkah kita dengan Syurga?
betulkah jalan yang kita?
benarkah lorong yang dilalui?
tepatkah simpang yang kita pilih?

ayuh rakan ayuh taulan...
kita renung-renungkan...
kita pikir-pikirkan..
kerana Allah berfirman
didalam surah AL-Mukminuun ayat 1-3'' sesungguhnya berjayalah orang mukmin, yang khusyuk solatnya
,yang menjauhkan dirinya dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia"


No comments:

Post a Comment