Saturday 2 April 2011

Mari mencintai Nabi Muhammad S.A.W part 2

Assalamualaikum, Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi mampu saya membuka blog ini untuk sekali lagi menyambung topik yang kurang kita bicarakan dengan mendalam... kita telah banyak mendengar... saya ulangi... KITA TELAH BANYAK MENDENGAR... ceramah, ulasan dan sebagainya tentang Rasulullah namun cinta kita terhadapnya masih terlalu jauh berbanding cinta baginda terhadap umatnya..

           Sudah semestinya telah didengarkan olah ustaz-ustaz tentang cerita kewafatan Nabi junjungan kita. Muhammad S.A.W... bagaimana cintanya baginda terhadap umatnya sehingga mana saat akhir hembusan nafas baginda yang di terlafaz dan diukir dibibir adalah perkataan "ummati, ummati, ummati"... Lihatlah, bukalah pintu hati kita menyelami cinta rasul seluruh alam kepada umatnya... usah ditutupi hati dengan keinginan nafsu dan tipudaya dunia... jika kisah-kisah sebelum ni masih tidak mencukupi.. mari kita selami detik2 bagaimana tingginya kasih sayang nabi itu kepada umat..

Ceritanya bermula sebegini.  pada suatu hari Rasulullah sedang mengimami solat fardhu.. sepanjang solah para jemaah mendengar bunyi keriut yang menunjukkan seolah sukarnya Rasulullah hendak mengerakkan badan dari rukun ke rukun sterusnya. maka setelah selesai solah maka bertanyalah para sahabat kepadanya
"Ya Rasulullah, kami melihat seperti tuan sedang mengalami kesakitan yg amat berat. apakah tuan sedang sakit. ya Rasulullah.?''
Nabi menjawab" Tidak sahabatku, Alhamdulillah aku sihat dan segar.''
''Ya Rasulullah, tetapi mengapa setiap kali Tuan menggerakkan badan terdapt bunyi sendi bergeseran pada tubuh tuan? kami yakin tuan sedang sakit"
Seraya dengan itu Rasulullah pun mengangkat jubahnya.. maka terkejutlah para sahabat. perut baginda dililit dengan kain putih yng berisi batu kerikil untuk menahan lapar. batu2 itulah yang berbunyi ketika rasulullah bergerak.
terus bangkit sahabat seraya berkata" ya Rasulullah, mengapa tuan tidak menyatakan rasa lapar dan tidak ada makanan. nescaya kami akan mendapatkannya bagi tuan.''
Rasulullah pun menjawab "Tidak sahabat2ku sekalian, aku mengetahui kalian sanggup bekorban apa sahaja untuk rasul kalian. Tetapi apa yang harus aku jawab nanti apabila aku sebagai pemimpin mnjadi beban bagi umatnya? biarlah kelaparan ini hadiah Allah bagiku, supaya tiada kalangan umatku tidak kelaparan lebih2 lagi di hari Akhirat."
MasyaALLAH sahabat2 sekalian lihatlah pengorbanan nabi.. teladan terbaik dari segala aspek. wajib menjadi idola sekalian manusia. malah tidak cukup dengan itu telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Ahmad bahawa Rasulullah HABIBULLAH telah berjanji kepada umatnya untuk memberi syafaat diakhirat kelak dengan katanya '' Semua nabi memiliki doa yang dikabulkan Allah dan aku menyimpan doa ini bagi Hari Kiamat utk memberi syafaat kepada umatku," (sepertimana Allah mengabulkan doa Nabi Musa A.S sehingga diturunkan Taurat, Nabi Isa A.S agar turun makan dari syurga untuk umatnya)

Ini semua harus kita teliti untuk melahirkan rasa cinta kepada RASULULLAH. Wahai jemaah muslim yang dirahmati Allah. kita sekarang melihat banyak berlakunya penghinaan kepada Rasulullah S.A.W melalui kartunis, Laman sosial dan sebagainya. Jgnlah kita menghina, mencerca mereka. lakukanlah amalan seperti Rasulullah dengan mendoakan hadirnya hidaya bagi mereka.. kerana kebanyakkan yang menghina dan menceerca Rasulullah adalah org yang tiada Ilmunya. kerana jika seandainya kiranya mereka mengkaji kehidupan Baginda keseluruhan dan mempunyai ilmu mendalam mengenali Rasulullah. mari say singkapkan kata2 org bukan islam yang berilmu tentang Rasulullah,


  • Baron Cara De Vaux (1868 M) seorg orientalis bangsa Perancis, professor di Perguruan Tinggi Katolik Perancis dalam bukunya De Kracht van den Islam halaman 322 "Sbgai seorang filosof dan nabi, Muhammad dpt dipandang sebagai roh ilahi, indah dan praktis, lebih tinggi dari metafizik dalam moral"
  • Napoleon Bonaparte (napoleon I) Panglima perang kenamaan dan pengasas Imperium Perancis berkata (dalam buku Bonaparte de Islam karangan Cherfils) "Musa menerangkan adanya tuhan kepada bangsanya, Isa@Yesus kepada Romawi namun Muhammad kepada seluruh dunia."
  • Washington Irving (1783-1859)"sasterawan AMERIKA pertama dalam bukunya berjudul Life of Mahomet (london 1889)''Dia (Mohamet) makan secara sederhana, dan bebas dari minuman keras, serta gemar berpuasa. dia tidak pula menuruti nafsu bermewah-mewahan dalam berpakaian, tidak pula fikirannya itu sempit,kesederhanaan nya berpakaian dilatar belakangi oleh sikapnya yang tidak mempedulikan hal yang ringan. dlam urusan peribadinya dia bersikap adil. dia memperlakukan org kaya, miskin, kawan dan orang asing, orang kuat dan lemah, dengan cara yang adil. Dia dicintai rakyat kerana dia menerima mereka dengan kebaikkan hati dn mendengarkan keluhan mereka. Kejayaan ini bukanlah sia-sia dan sekali-kali tidak membuatnya bangga kerena tujuan semua itu bukan kepentingan peribadinya. Ketika dia memiliki kekuasaan yang besar dia tetap sederhana dlm sikap dn penampilannya sama seperti dia dlm keadaan sngsara. Sgt berbeza dengan seorng raja dia tidak suka bila memasuki sesuatu kawasan org memberikan pnghormatan berlebihan kepadanya."
  • Byk laGI.. (pnt) O.o he3
  • bolehla cari2.. terutama dlm buku yang saya cedok maklumat ini. USWATUN HASANAH karya HADDAD ALWI
  • tulis pjg2 nanti korang boring..
Maka dengan itu berakhirlah episode marilah cintai rasulullah. andainya banyak lagi yang antum semua tahu bolehlah kongsi2kan kepada ana. mari kita merafa'kan kesyukuran kepada yang MAHA ESA serana berada didalam umat paling mulia Umat Nabi Muhammad S.A.W. Mari melahirkan cinta kita terhadap Rasulullah nescaya dpt melengkapi iman dihati. UCAPLAH SAYA CINTAKAN RASULULLAH.. maka dengan selawat dan salam yang berterusan hari demi hari menjadi amalan InsyaAllah akan timbulah cinta yang mendalam terhadapnya walau tiada pernah melihat Baginda.
Sallahu a'la Muhammad, Sallahu a'laihi wasallam... Muhammad nabi junjungan ku.. nabi junjungan seluruh Umat. aku ingin melahirkan cinta padanya. Amiin

No comments:

Post a Comment