Saturday 2 April 2011

Mari mencintai Nabi Muhammad S.A.W part 1

                 Di sini, halaman ini tidaklah saya ingin menceritakan sirah kehidupan nabi.. kerana telah sering diceritakan oleh Ustaz-ustaz.. mesti ramai dah kenal Nabi Muhammad. Insyallah. disini kita hendak mengenali MUHAMMAD BIN ABDULLAH ,rasul pilihan Allah... rasul akhir zaman.. dimana tatkala kelahirannya terpadamlah api Majusi, teranglah cahaya menerangi Semenanjung Tanah Arab. Nabi seluruh Umat akhir zaman. dari zaman kecilnya Nabi Muhammad S.AW telah memiliki sifat-sifat yang terpuji. Baginda dikasihi oleh seluruh penduduk Makkah. tidak seorang pun yang tidak menyanjunginya, sehingga baginda mendapat glaran Al-amin di atas kebijaksanaannya dan kejujurannya.. Setelah kenabiaannya baginda dicemuh dan dihina oleh kafir Quraisy yang cuba menghentikan dakwahnya dengan bermacam-macam cara.
                       Baginda amat mulia disisi Allah S.W.T. tidak ada manusia walau dihina dan dicerca malah dicederakan tidak langsung melawan malah mendoakan orang yang mencederakan kita. Namun sepertimana peristiwa Dakwah baginda di Thaif baginda telah berdakwah namun ditolak secara mentah-mentah malahan lebih  teruk lagi Baginda di baling batu sepanjang jalan di Thaif. baginda tidak membalas apatahlagi menghina, berputus asa, marah, geram dan apa2 yang berkaitan dengan marah. Namun baginda duduk membersihkan lukanya dan berdoa " Ya Allah, kepadaMu aku mengeluhkan kelemahan ku, kekurangan akal dan hujahku, serta kelemahan dayaku menghadapi manusia. kepada siapa hendakku serahkan diriku? kepada orang yang jauh memandang rendah kpda ku atau kepada musuh yang engkau beri kuasa untuk mengagalkan tugasku? tidakkupedulikan keadaanku ini, asalkan engkau tidak murka kepadaku. Namun bagimu rahmat yang luas." (pjg lagi sebenarnya) tetapi pahami maksudnya. Rasulullah tidak menghinakan penduduk Thaif malah merasakan bahawa itu semua terjadi kerana kelemahan2nya. MasyaAllah.. Selawat dan salam ke atas baginda.. selepas itu datanglah malaikan penjaga gunung kepada baginda dan berkata ''sesungguhnya penduduk Thaif ini sudah melampaui batas, Allah memerintahkan aku berkhidmat kepadamu. jika engkau berkenan nescaya akan aku jatuhkan gunung -gunung kepada mereka agar mereka binasa" dengan segera nabi menjawab "Tidak wahai malaikat, jangan. aku melihat masih ada kebaikkan didlm penduduk thaif itu. lagipula mereka masih belum mahu beriman. aku berdoa agar anak2 mereka nanti menjadi org beriman" MasyaAllah. betapa tingginya kemulian nabi Muhammad S.A.W.. lihatlah kepada kaum Nabi Lut, Nabi Nuh dan nabi2 sebelumnya..
                          Nabi Muhammad adalah nabi yang sangat2 mencintai umatnya seperti firman Allah dalam surah   At-Taubah ayat 128 yang  bermaksud "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.'' setiap saat dalam kehidupan Rasulullah S.A.W baginda sentiasa mengingati umatnya. seperti dalam beberapa cerita yang diriwayatkan oleh para ulama. antaranya::
Pada suatu hari, rasulullah sedang duduk bersama para sahabat dan tiba rasulullah berkata sambil memegang janggutnya,''alangkah rindunya aku ingin berjumpa saudara2ku''
para sahabat bertanya'' bukankah kami saudara2mu ya Rasulullah.?
"kalian sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian. tetapi aku merindukan saudara-saudaraku.''
''siapakah mereka Ya RasuluLLAH?"
airmata terus mengalir dari pipi rasulullah dan membasahi pipi dan janggutnya. ''saudara-saudaraku adalah umatku yang hidup tidak sezaman denganku. Walau tidak melihat dan berjumpa denganku, mereka beriman, mencintaiku, membenarkan kata-kataku. Aku merindui mereka dan mencintai mereka.: para sahabat tunduk dan turut menangis. kata-kata itu bukan sahaja menimbulkan cinta di hati baginda malah para sahabat. dan seraya salah seorang sahabat berkata.
Ya Rasulullah
Engkau ingin berjumpa dgn mereka, 
Kamikah itu ya Rasulullah?, 
Engkau rindukan mereka., 
kamikah itu ya Rasulullah? 
Engkau dambakan mereka,
Kamikah itu ya Rasulullah?
Engkau ingin bertemu mereka yang tidak pernah engkau jumpai,
Kamikah itu ya Rasulullah?
mereka yang bibirnya selalu bergetar mengucap selawat bagi mu,
Kamikah itu ya Rasulullah?
Engkau ingin datang memeluk mereka, bagi memuaskan kerinduanmu,
Kamikah yang engkau rindukan itu ya Rasulullah?
Engkau akan datang kepada mereka yang mengunjungi kamu dengan selawat, 
maka dengarkanlah selawat kami bagimu ya Rasulullah.
ALLAHUMMA SHALLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD
maka hadirlah engkau dalam jiwa kami, dalam mimpi2 kami,
masih kami ingat sabda mu,
'' barangsiapa datang kepadaku, akan aku berikannya syafaat kepadanya di hari kiamat kelak''
Labbaika ya Rasulullah, kami datang. maka, wahai yang mulia disisi Allah berikanlah syafaat kepada kami disisi Allah.
Sahabat dan rakan-rakan banyak lagi contoh yang boleh kita lihat membuktikan betapa cintanya nabi kepada umat.  sehingga mana Saidatina Aisyah r.a berkata bahawa nabi muhammad sepanjang hidupnya tidak pernah baginda makn dengan kenyang selama 3 hari berturut-turut. dan pernah berkata " selagi masih ada org2miskin dan kelaparan di sekitar masjid maka aku tidak akan kenyang'' masyaAllah. bersyukurlah kita mempunya uswatun hasanah seperti baginda yang patut dicontohi. sekian sahaja penulisan saya untuk ini kerana saya kesuntukan masa dan ingin menunaikan solat asar. Jum berjemaah. InsyaAllah. nantikan sambungannya. jika ada salah dan silap dalam penulisan ini bisa lah ditegur dan diperbetulkn. harap dpt dimaafin... sekian. wassalam..

No comments:

Post a Comment