Sunday, 10 July 2011

Life's unfair? (part 2)

Assalamualaikum W.B.T... smbungan dari life is unfair yang lepas 2... mari kita renung2kan.. setiap manusia inginkan orang lain hormat, taat, baik dan semualah kat kita tapi kita seringkali x mampu untuk melakukannya terlebih dahulu sepertimana ajaran Rasulullah S.A.W dimana baginda merupakan sebaik2 teladan untuk menghampiri kesempurnaan seorang manusia... Baginda sebelum orang lain melaksanakan Solat Baginda solat dahulu, sebelum orang lain memberi salam Rasulullah terlebih dahulu memberi salam.. alangkah Indahnya ajaran Rasul petunjuk bagi seluruh alam ini...

Renungkan satu ayat Al-Quran yakni surah( Al-An'am :53)

وَكَذَ‌ٰلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لِّيَقُولُوا أَهَـٰؤُلَاءِ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّن بَيْنِنَا ۗ أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ  بِالشَّاكِرِينَ 


"Thus did We try some of them by comparison with others, that they should say: "Is it these then that Allah hath favoured from amongst us?" Doth not Allah know best those who are grateful?"

bahasa melayunya
"Dan demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalu orang-orang yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir miskin yang beriman): Inikah orang-orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? (Allah berfirman): Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang yang bersyukur?"

Ayat ini menunjukkan sebagaimana manusia itu berfungsi. Manusia menganggap bahawa ujian adalah bila kamu susah dan ada masalah sedangkan ujian paling susah adalah untuk terus bersyukur setelah mendapat nikmat yang banyak dari NYA. Manusia akan lebih dekat dengan ALLAH apabila susah dan setelah mendapat kesenangan manusia akan berkata ini adalah hasil penat lelah dan kebijaksanaan ku.. namun mereka terus lupa untuk mensyukuri nikmat yang telah diberi itu. Sebab itu manusia lebih excellent dalam menemui ujian yang jelas namun tewas bila di uji dengan kesenangan dan kemewahan.

Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim, Abu Hurairah mendengar suatu hari Rasulullah bercerita bahawa pada zaman Bani Israel terdapat 3 pemuda: pertama yang berpenyakit sopak, kedua yang botak kepalanya dan seorang yang buta. Di mana Allah ingin menguji mereka lalu dihantar seorang(betulka penggunaan seorang? ke semalaikat?) Malaikat untuk datang berjumpa mereka..
Pertama sekali malaikat itu berjumpa dengan si sopak. lalu bertanya "Apakah yang kamu mahukan?"
Si sopak menjawab "Kulit yang baik dan warna yang elok, kerana kulitku aku telah dijauhi orang ramai"
Malaikat bertanya lagi " harta apakah yang kamu mahukan?" "Unta"jawab si sopak tersebut lalu kulitnya pun sembuh dan warna kulitnya baik dan seekor unta yang bunting kepadanya dan di doakan semoga Allah memberkatinya..
seterusnya Malaikat datang kepada lelaki kedua iaitu yang botak dan bertanya 2 soalan yang sama. dan Jawapan lelaki kedua itu ialah "Rambut yang lebat, kerana kepalanya yang botak orang sering mengejeknya.. dan harta kekayaan sapi(lembu)" Maka di kurniakan Allah kedua-dua permintaannya (yakni sapi itu bunting dan di doakan oleh malaikat). demikian juga dengan pemuda buta telah dikurniakan kepadanya permintaannya iaitu boleh melihat dan seekor kambing bunting dan didoakan. setelah berganti tahun akhirnya mereka bertiga menjadi saudagar yang kaya dan tiba masa Allah menguji mereka semula.
Malaikat yang dahulunya datang kepada mereka kini menjumpai mereka semula dengan keadaan mereka sebelumnya. Yang pertama malaikat itu berjumpa dengan si sopak dalam keadaan sopak dan belang datang dan berkata kepada si sopak yang telah kaya dan pulih itu " wahai Saudara, aku ini seorang miskin dan telah terputus perjalanan ku. tiadalah yang dapat menyampaikanku melainkan dengan pertolongan Allah dan kamu. Aku meminta kepadamu Demi Allah -yang memberimu kulit yang elok dan harta kekayaan- seekor unta agar dapataku sampai tujuan perjalanan ku ini."
lalu lelaki yang dahulunya berpenyakit sopak itu menjawab "Harta kepunyaan orang lain pun masih banyak mintalah daripada orang lain."
Malaikat yang menyamar itu berkata " aku seolah kenal kamu, bukankah kamu dahulu berpenyakit sopak, dibenci orang dan miskin? lalu Allah mengurniakan kamu harta?"
Terkejut lelaki itu membantah  "aku mewarisi harta ini dari ibubapaku." lalu malaikat itu mendoakan " andai kamu berdusta, semoga ALLAH mengembalikan kamu kepada keadaan kamu yang dulu." maka berlalulah malaikat tersebut dan berjumpa lelaki yang dahulunya botak namun ternyata jawapan mereka sama dan didoakan juga oleh malaikat itu perkara yang sama. Berlalulah malaikat itu ke lelaki yang ke-3 iaitu lelaki yang dahulunya buta. Dan malaikat itu berkata " aku seorang yang miskin dan terputus perjalanan ku. Kini aku tidak akan sampai ke tempat tujuanku melainkan bantuan Allah dan kamu. Demi ALLAH yang mengurniakan kesihatan kepada mata mu maka berikanlah aku seekor kambing mu untuk ku meneruskan perjalanan ini." Jawablelaki yang dahulunya buta itu "Sautu ketika dahulu Aku buta, benar katamu Allahlah yang mengurniakan kepada mataku dan angggota badanku yang lain dan harta kekayaan ini. Oleh itu ambillah sesuka hati mu. Demi ALLAH tidak akan aku menyusahkan kamu atas apa yang kamu ambil kerana Allah itu."

Malaikat itu menjawab lagi " simpanlah hartamu itu. sesungguhnya kamu dan 2 lagi sahabat mu sedang di uji oleh Allah. Allah  redha kepada kamu dan murka kepada  kedua kawan kamu."

tidakkah cerita ini sesuai dengan firman Allah di dlm Al-Quran (Asy-syura:27) (check sendiri tau-he3) ada banyak cerita tentang orng yang gagal dalam hidup bukan kerana hidup tidak adil namun mereka menzalimi diri contohnya Firaun, Qarun dan sebagainya... Post seterusnya ana akan bercerita tentang cerita yang jarang sekali di dengar. Tha'labah bin Hathib Al-Ansyari dimana kemewahan hidup mengelirukan.... Assalam. jumpa lagi..:)

1 comment:

  1. semoga kita bersyukur dgn segala nkmat yg dkurniakan~

    ReplyDelete